Tuesday, December 15, 2009

Hanwansiti Bab 1,2,3,4










(Link)

Novelet - Dilema Diantara Han, Wan dan Siti [ November 1997 ]

SITI NURHALIZA, WAN MAY, HANS ISAACS, HALIZA MISBUN, LYDIAWATI, MUSTAFA KAMAL, WAN MAIMUNAH AZIZ, FAUZIAH LATIFF DLL…. Diantara pendukung watak original cadangan penulis jika ditukarkan ke edisi filem atau drama VCD. Mood cerita diberikan penekanan era tempoh tahun 1970 hingga 2000. Mood penceritaan adalah berbentuk selamba dan penuh suspen seperti filem What's Eating Gilbert Grape 1993.

Edisi terpendek cerita ini bermula dengan babak Kamal Irwan menerima keputusan STPMnya

Untuk edisi pra-skrip sila lawat, www.hanwanpraskrip.blogspot.com

Ke epik cerita purba... Puteri Dari Utara, Putera Dari Selatan

Senarai kasting cadangan penulis, sila lihat pada akhiran cerita.
Idea Original : Ramirah Rina Rashid 1997 Kontak : 013 952 29 18

HAN&WAN01
Edisi Novelette Pendek untuk Filem. [ Versi Penuh Standard ]

Pengenalan
( Suara latar watak dewasa Han )

Apa yang aku ingat tentang ayah dan ibu ialah mereka adalah pasangan kekasih yang hebat. Ibu adalah seorang wanita yang cukup tabah dan amat setia kepada ayah dan ayah adalah seorang lelaki yang gagah perkasa yang berani berjuang demi keluarganya.

JUN 1970

Suasana di luar rumah hujan renyai-renyai, Encik Akmal hendak bersiap untuk ke tempat kerja, isterinya Izuan sudahpun menyiapkan sarapan untuk suami tersayang.

“Apa yang Wan masak untuk abang hari ni?”
“Nasi pulut dengan ikan sepat kering… sarapan kegemaran abang.” Jawab isterinya dengan alunan suara penuh kewanitaan namun tiba-tiba suara bayi kecil menangis dari buaian kain yang digantung dengan temali serabut kelapa.

“Alah… si Han ni meragam pulak dia di waktu pagi-pagi ni….” Kata Puan Izuan yang kemudiannya terbatuk-batuk kecil.
“Awak tu hati-hatilah sikit, musim-musim hujan ni.. nak ke mana-mana tu bawaklah payung.” Pesan suaminya manakala Izuan menuangkan air kopi pekat ke cawan tembikar warna merah.
“Alah abang ni, macamlah Wan tak ingat hati-hati…” Katanya lembut kerana dia tahu suaminya amat mengambil berat tentang dirinya. Dia kemudian pergi ke buaian dan menghayunkannya. “Aduhai Kamal Izhan Akmal… Tidurlah anakku… janganlah menangis lagi.” Katanya sambil mendodoi.

Akmal sudah menghabiskan sarapannya dan meminum kopi pekat kegemarannya lalu turun ke bawah, “Abang pergi kerja dulu nanti marah pulak rakan-rakan kongsi abang tu.” Sambil dia menuju ke kereta di tengah halaman dalam keadaan hujan. Si isteri muncul di ambang pintu, “Hati-hati… ya bang, jalan licin!”

Februari 1975

Aku masih ingat lagi ketika aku berusia 5 tahun, aku dan ibuku pergi berkunjung Mak Ngah aku yang baru bersalin. Aku seronok tengok adik kecil tapi aku tertanya pada diri sendiri kenapa aku tidak ada adik… kemudian aku memandang wajah ibu dan aku bertanya padanya, “Ibu… kenapa Han tak ada adik?”. Ibu hanya memandang dengan senyuman namun aku dapat lihat airmatanya mula tergenang.

Izuan berasa terlalu hiba bila anak sulung tunggalnya itu menganjurkan satu soalan yang amat berat tidak terduga untuk dijawabnya. Memang hasrat hatinya beribu-ribu daya untuk mempunyai anak yang kedua. “Sabarlah sayang, adik Han masih ada kat sana tu… nun jauh kat atas sana.” Sambil tunjuk jarinya ke arah langit malam yang berbintang seraya bibirnya memberikan ciuman ke dahi si Han.

Melihatkan itu, kakak ipar Izuan si Faezah memegang erat tangan Izuan dan berkata…. “Wan, akak tidak mahu kehilangan kamu…. Seperti mana yang pernah hampir terjadi… ketika kamu melahirkan si Izhan dulu… ingatlah… suamimu, Akmal… akak bimbang...”
“Janganlah kakak bimbang sangat…” Kata Izuan mengelak kakak iparnya membangkitkan hal itu.

Mac 1975

Di tepian pantai, Kamal Izhan sedang bermain-main air di tepian pantai dengan budak-budak yang sebaya dengannya. Manakala ibu dan ayahnya memerhatikannya dari jauh dari tapak perkelahan. Entah tiba-tiba, budak-budak itu termasuk si Han buat perlumbaan renang secara spontan pula. Encik Akmal bingkas bangun dan jerit, “Han, laju Han!!” Manakala Han berenang begitu laju meninggalkan rakannya yang lain pantas balik ke pantai semula.

Akmal bersorak, “Hebat anak ayah!.. berenang macam ikan!” Katanya penuh semangat tetapi si isterinya hanya termenung, “Alangkah seronoknya bang, kalau Han ada adik… laju berenang juga sepertinya!” Suaminya agak terkejut dengan kata-kata itu.

“Wan... abang tidak mahu kehilangmu. Kehadiran Han sudah mencukupi buat abang, dia tak perlu adik lagi… dia seorang yang gagah dan tabah untuk menghadapi sebarang dugaan.”
“Tapi abang, suatu hari Han akan meronta-ronta mahukan kehadiran seorang adik… seorang teman untuknya bermain bersama. Wan tidak mahu Han kesunyian.” Kata isterinya. Kemudian tidak lupa mereka sekeluarga bergambar kenangan.


Januari 1976

Aku tidak tahu entah kenapa tiba-tiba ayah membuat buaian pada pokok beringin tua di tepi pokok beringin tua di tepi padang belakang rumah lama dulu. Mungkin selepas ayah tengok aku duduk termenung sambil perhatikan kawan-kawan sekolah aku bermain buaian tolak-menolak di halaman sekolah tadika, aku cuma tengok buaian ayah itu dan tak pernah cuba berbuai sendiri sebab pada padangan aku kalau nak main buaian mestilah ada teman yang tolong tolakkan. Berbalik cerita buaian itu, aku hanya main berbuai dengan ibu. Jika tidak ada ibu tolong tolak, sekali-sekala Pak Long aku akan datang. Aku akan minta tolong Pak Long tolong tolak. Tetapi jika aku sendirian, aku cuma duduk di atasnya. Aku takkan sesekali berbuai sendiri. Dalam pada aku duduk termenung sendiri, aku nampak ibu memerhatikan aku dari jauh di ambang pintu beranda rumah.

Puan Izuan berbisik di dalam hatinya, “Han, tolaklah dirimu untuk berbuai… mungkin Han mahu dia ditolak oleh seseorang… oh... dia mahukan siapa menolaknya?”

Entah tiba-tiba ibu menjerit, “Han, kenapa tak berbuai sendiri?” “Tak ada orang tolak, ibu!.. tapi ibu.. kalau Han ada adik kan seronok, adik boleh tolong tolak.” Itulah jawapan aku. Ibu kemudiannya menghilangkan diri dari berada di ambang pintu. Namun aku tetap duduk atas buai yang tidak berayun itu. Aku ketika itu suka bersendiri, aku tidak suka bergaul sangat dengan sepupu-sepupu aku anak Mak Ngah dan Pak Long.

Suatu hari ketika aku menyelongkar bilik stor rumah, aku terjumpa pakaian-pakaian masa aku kecil dulu, aku terfikir satu idea menarik. Aku kemudiannya membuat rumah pondok dan melengkapinya dengan perkakasan rumah ala kadar. Kain-kain buruk diisikan ke dalam baju lama aku untuk buat badan orang dan juga kain buruk diisikan ke dalam seluar buruk untuk buat kaki. Untuk bahagian kepala, aku guna biji kelapa kering dan aku lukiskan mata, hidung dan mulut dengan mengunakan kapur tulis yang aku bawa lari dari tadika. Sebagai ganjarannya sekarang aku mempunyai 3 orang “adik”, satu lelaki, satu perempuan dan tak lupa satu lagi yang masih bayi yang belum aku putuskan jantinanya apa. Kini, hari-hari lepas sekolah pasti aku berada kat rumah pondok aku itu “menjaga adik-adik”, bagi mereka makan dan tidur.

Hari-hari berlalu kini berlainan kepada si Han, Izuan seronok sekali melihat anak tunggalnya itu membina rumah pondok mainan di bawah pokok kelapa tua di tengah padang di tepi rumah. Kemudian Han mengutip tin-tin terpakai untuk diangkut ke rumah barunya. Izuan perasan yang sudu dan garpu yang diguna oleh Han hilang dibawa lari ke rumah mainannya.

Kemudian Izuan ada nampak si Han membawa lari mop pengelap dekat bilik air entah tujuan apa. Bila dia pergi siasat ketika Han berada di sekolah, si Han rupanya mengunakan rerambut mop itu sebagai rambut bagi patung adik perempuannya. Hati Izuan begitu tersentuh dengan perangai anaknya yang tidak mengetahui apa yang dimaksudkannya. Izuan amat memahami apa yang si Han mahukan.

Kemudian kereta merah Ford model 1973 memasuki perkarangan rumah. Encik Akmal berada di tangga dan membuka kasut. Beliau dapat lihat si Han berada di rumah pondok manakala isterinya sedang menghampirinya dari rumah pondok Han.
“Wan, tengoklah anak kita yang seorang tu… pandai-pandai je bina rumah.” Kata bangga Akmal.
“Memanglah, dia mengikut ayahnya, kan abang selalu juga bawak dia pergi ke tapak projek perumahan tu.” Kata isterinya seolah-olah memuji suaminya dan kemudian menyambung kembali percakapannya, “Eh bang, nantikan abang ke pekan... tolong belikan mop yang baru.”

“Eh bukankah yang kat bilik air tu elok lagi.”
“Alah... mop yang itu, si Han guna buat rambut adik perempuannya kat rumah pondok tu…” Sambil tersenyum.

“Alah ambiklah balik.”
“Biarlah macam tu.”Kata Izuan berpihak kepada Han.
“Awak ni… tak patut manjakan sangat si Han itu.” Kata Akmal tidak puas hati dengan sikap isterinya.

Kini aku selalu sangat berada kat rumah pondok aku setiap hari dan setiap petang. Sepupu-sepupu aku ada datang untuk bermain sama dalam rumah pondok itu sebaik sahaja mereka tahu aku buat rumah pondok.

Dan setiap petang jugalah ibu selalu memerhatikan aku dari ambang pintu rumah. Aku hanya berani main kat situ di sebelah siang sahaja tetapi tidak sekali-sekali di sebelah malam sebab ibu cakap pada sebelah malam beruk Tok Mail akan datang dan memanjat pokok kelapa dekat situ. Itulah yang paling aku takut masa aku kecil dahulu… bukan aku sahaja malah kawan-kawan satu tadika dengan aku pun begitu juga.

Bila aje Tok Mail mengayuh basikal roda tiganya itu lalu di hadapan sekolah, kalau pada masa itu kami sedang bermain-main di luar bangunan tentu kami akan berkejaran masuk dalam kelas dan menjerit, “Beruk!!!”… Bukan kerana apa, kami takut akan giginya yang tajam dan putih-kuning itu. Kami satu kelas kalau suka sangat buat bising, cikgu kami Cikgu Fatimah akan kata – beruk Tok Mail akan datang untuk cari kawan sebab beruk itu amat suka cari kawan yang selalu buat bising. Sejak itu kalau kami nak menjerit, kami akan berpaling kiri dan kanan terlebih dahulu kalau-kalau ada beruk Tok Mail kat situ.

Berbalik cerita main pondok itu, suatu hari di waktu petang, tiba-tiba hujan lebat berserta dengan guruh dan kilat. Aku tetap mahu berada di rumah pondok aku itu. Ibu menjerit-jerit menyuruh aku supaya balik rumah, aku tetap berdegil tidak mahu balik.

“Han!!… sudahlah main pondok tu. Cepat balik rumah hari dah hujan ni!"”Jerit Izuan diikuti dengan batuk-batuk kecil sebab dia alah dengan hujan.
“Tak mahu ibu… Han nak jaga adik!” Jerit Han berdegil. Han masih mahu duduk di situ walaupun atap rumahnya banyak yang bocor.
Kemudian ayahnya pulang dari kerja, Encik Akmal lantas pergi ke rumah pondok itu, “Han, cepat balik rumah… jangan susahkan hati emak kamu terutama masa hujan begini. Kamu tahukan mak sakit.”
“Tak nak, Han nak jaga adik.” Dia berdegil.
“Kamu tahu tak rumah ni akan roboh?” Kata Encik Akmal memujuk cara lain. Anaknya itu terkejut.

Aku terkejut bila ayah cakap rumah itu akan roboh bila-bila masa saja. Nampaknya satu operasi menyelamat terpaksa dilakukan… iaitu menyelamatkan “adik-adik” aku itu. Ayah turut serta dengan membawa adik kecil dan adik perempuan. Aku membawa adik lelaki aku yang paling geng dengan aku. Kemudian aku membawa “adik-adik” aku tidur bersama aku di katil aku ketika sepanjang hari hujan itu.

Han nampaknya sudah tertidur dan ditemani dengan adik-adik khayalannya. Izuan masuk dan memberikan kucupan selamat tidur. Hatinya amat tersentuh melihatkan gelagat anak tunggalnya itu. Akmal juga memasuki kamar tidur Han itu, “Dah tidur si Han tu?” “Dah bang…”

“Abang… Izhan benar-benar memerlukan seorang adik sebagai teman. Lihatlah keadaannya sekarang.” Katanya sedih dan menangis dalam pelukan suami tersayang.

“Terpulanglah kepada Wan.” Kata Encik Akmal yang tidak boleh lagi menolak kemahuan isterinya itu. Mereka berdua memandang anak tunggal mereka sedang tidur itu.

Sejak hari tu, rumah pondok aku roboh sebab tenggelam dalam banjir selama 3 bulan. Bodoh betul aku sebab aku memang tahu yang tanah dekat pokok kelapa itu kawasan banjir. Mulai hari itu, aku cuma suruh “adik-adik” aku tidur.. dengan aku letakkan mereka di bawah katil sebab sekarang dah tiada rumah.

September 1976

Entahlah kini lebih suka bermain dengan sepupu aku pergi beraktiviti lasak. Kalau tidak kami mandi sungai, kami akan memancing atau main bola kadangkala pergi panjat pokok buah dekat kebun Mak Ngah. Aku tidak tahu kenapa aku lebih suka jadi begitu.
Mungkin juga sebab aku lihat saban hari perut ibu membesar… mungkin sakit sangkaan aku. Aku hampir dah lupa bermain dengan adik-adik aku itu. Suatu hari ibu memberitahu aku yang aku akan mendapat adik yang sebenar-benarnya. Aku letakkan tangan aku ke bahagian perut ibu dan bertanya, “Kenapa perut mak lebih besar dari perut Mak Ngah?” Dan ibu tergelak besar, “Sebab.. ibu mengandungkan adik Han, lah” Katanya menerangkan.

Aku begitu seronok sekali maka aku ambil keputusan untuk simpan “adik buatan” aku itu ke dalam stor untuk selama-lamanya. Dalam perjalanan aku ke stor, aku dapat lihat ibu dan ayah berada sama di serambi rumah sambil memerhatikan pembinaan rumah baru di halaman luas depan rumah. Pak Long aku sendiri yang membinanya sambil dibantu oleh tukang-tukang rumah mahir kampung kami. Ayah kata rumah itu akan menjadi rumah yang paling cantik dan paling besar dalam kampung kami. Aku berasa hairan dan tertanya mengapa ayah tidak sahaja menggunakan tukang rumah syarikatnya untuk membina rumah itu…


Oktober 1976

Jika aku lihat ibu kini, aku kesian. Ibu selalu batuk-batuk manakala penyakit asmanya pasti datang, manakala tidak termasuk lagi ibu begitu sarat mengandung tetapi ibu tetap tenang, setiap pagi pasti ibu akan menyediakan sarapan pagi untuk ayah, setelah ayah pergi kerja ibu akan mengayuh basikal chopper hitam untuk menghantar aku ke sekolah tadika. Begitu sejuk rasanya bila menaiki basikal di waktu pagi. Begitu juga dengan kawan-kawan lain, terasakan seperti satu “ritual” sedang dijalankan iaitu penghantaran kami ke sekolah tadika.

Rumah impian ayah dan ibu sudah siap, malamnya satu kenduri kesyukuran kecil diadakan, upacara membaca doa selamat telah dilakukan kemudian makan nasi berhidang. Semua orang tua kampung datang, Mak Ngah dan Pak Long juga datang. Masih aku ketika ibu dan Mak Ngah berserta saudara terdekat mengemas pinggan dan mangkuk kenduri. Ibu begitu beramah mesra sambil membuat kerja. Aku pun turut mengangkut pinggan-pinggan… aku begitu seronok dapat turut serta membantu ibu membuat kerja. Dalam pada itu aku dapat lihat ayah sedang berbual rancak dengan Pak Long dan beberapa orang kampung.

Aku membawa pinggan-pinggan sambil menari-nari syok sendiri tetapi kemudian aku terdengar jeritan ibu serta bunyi jatuh di dapur. Kemudian aku mendengar Mak Ngah menjerit nama ayah dan Pak Long.

“Akmal!!… Jamal!!!” Jerit Faezah. Makcik-makcik yang berada di dapur turut terkejut. Puan Izuan terjatuh dan tumpah darah.

Han yang terdengar jeritan ibunya turut terkejut sehingga menjatuhkan pinggan-pinggan yang dibawanya. Han segera menerpa ke arah ibunya. “Ibu… ibu!...” Kata Izhan sambil memberikan kucupan berulang kali ke pipi ibunya.

“Sayang...” Itulah kata-kata ibunya. Faezah memangku Izuan dan membelai rambut Izuan untuk menenangkannya. Izhan menangis melihatkan keadaan ibunya namun ibunya membelai telinga dan pipi si Han.

Si Akmal sampai… “Izuan!..” Kemudian Akmal pula memangku Izuan, “Izuan, sayangku….” Itulah hanya yang dapat diluahkan oleh Akmal.

“Ayah… kenapa ibu, ayah?” Pertanyaan Han beberapa kali kepada ayahnya.

“Han pergi masuk bilik... pergi tidur Han. Ibu kamu tak apa-apa.” Itulah kata ayahnya.

Abang Long Akmal, Jamal membawakan Han ke bilik tidurnya tetapi sebelum itu ibunya sempat memberikan kucupan dan senyuman yang mungkin kali terakhir kepada anak sulungnya itu.

Han&Wan02

Aku tidak pasti berapa lama aku menanti apa yang berlaku di luar sana. Aku dapat dengar ibu menangis kesakitan dan bunyi-bunyi suara begitu kelam-kabut sekali dan akhirnya aku dapat dengar bunyi ambulan yang begitu kuat, aku rasakan dunia ini sudah berakhir kerana bunyi itu begitu kuat sekali seolah-olah seperti seekor garuda melanda menyerang satu negara. Dalam kegelapan... gaungan sang garuda hilang dalam kesayupan malam.

Esok paginya, aku terbangun dari tidur. Suasana rumah begitu sunyi sekali. Aku rasa dunia telah diserang garuda. Aku pergi melihat kawasan dapur… tempat yang ibu jatuh itu bersih tetapi pinggan dan mangkuk terbiar tidak berbasuh. Aku ke hadapan rumah, halaman rumah kekosongan tiada kereta ayah.

Aku berada di tangga rumah… termenung dan terus termenung… cuma aku seorang sahaja di rumah. Aku teringat pada ketika ini aku biasanya akan menaiki basikal dibawa oleh ibu. Aku berpaling ke sisi rumah, basikal masih ada di situ. Kemudian aku terpandang nun jauh di depan rumah, kelihatan si Elena dan Fahmi kawan sekolah aku menaiki basikal dibawa oleh ibu mereka, Makcik Bedah dan Makcik Tipah.

Rakan sekolah aku itu kelihatan melambai-lambai tangan kepada aku tapi aku cuma lihat dan lihat sahaja… kemudian suasana depan rumah sunyi semula. Yang aku dapat lihat cuma pokok menghijau di hadapan.

November 1976

Sudah sebulan berlalu setelah kematian ibu, aku dan adik baru aku berada di rumah Mak Ngah. Mak Ngahlah yang menjaga kami kini. Rumah lama telah ayah robohkan dengan bantuan orang kampung. Kayu-kayu daripada rumah lama ayah berikan kepada penduduk kampung yang miskin. Kini tapak rumah lama tinggal tanah sahaja. Kenangan yang masih ada adalah baju-baju ibu yang Mak Ngah ambil dan simpan di bawah katil aku di rumah baru aku. Tapi aku tidak suka berada di rumah baru aku. Kalau aku nak tidur, aku akan tidur di sebelah adik aku di rumah Mak Ngah. Aku jarang sekali bertemu dengan ayah, kalau dia ada cuma pada masa makan malam di rumah Mak Ngah. Hanya ketika itulah aku dapat lihat ayah dan kemudian dia segera pulang ke rumah baru kami. Itulah ayah selepas kematian ibu…


Disember 1979

Adik sudah berusia tiga tahun dan aku tidak lama lagi akan masuk sekolah darjah empat di tahun baru nanti. Tetapi kini adalah musim cuti sekolah. Aku selalu suka mengalas adikku si Wan ke sana dan ke sini. Bila aku tanya kenapa adik dipanggil nama sama seperti nama panggilan nama ibu. Mak Ngah cakap memang sebelum ibu meninggal, ibu dan ayah sudah berpakat mahu namakan Kamal Irwan jika lelaki atau Ikhmal Izuani jika perempuan dan kedua-duanya boleh mempunyai nama singkatan “Wan”. Dengan itu nama ibu terus terpahat untuk selamanya.

Oleh kerana si Wan dah besar sikit, kami kini tinggal di rumah baru yang dinamakan Istana Impian, itulah nama rumah kami. Aku sendiri yang membuat papan tanda nama rumah itu. Ayah puji papan tanda itu cantik. Di rumah baru kami, cuma 3 bilik diisi. Bilik-bilik di tingkat atas cuma kosong. Ayah, memang jarang berada di rumah… dia lebih sibuk menumpu perhatian kepada bisnes… dan itulah kerja ayah sejak ibu meninggal. Waktu malam, kami akan pergi makan di rumah Mak Ngah atau rumah Pak Long. Dan kemudian biasanya aku dan si Wan akan tidur dengan ayah di bilik besar. Biasanya si Wan dapat bermanja dengan ayah. Walaupun ayah jarang berada di rumah tapi ayah tetap sayang pada adik Wan, anak bongsunya.

Waktu siangnya seperti biasa, aku dan adik akan pergi bermain dengan sepupu-sepupu kami. Kalau bergaduh dengan mereka, aku dan adik Wan akan balik rumah dan pergi ke tingkat atas rumah yang kosong. Dan kami mulalah memulakan bakat terpendam kami iaitu menconteng dinding kosong dengan arang kayu. Aku lebih suka menconteng dengan menulis perkataan manakala adik suka sangat melukis orang lidi dan binatang-binatang. Kami pasti selalu kena marah oleh Mak Ngah bila dia datang tengok rumah. Sambil dia membebel, dia akan mencuci semula dinding dengan air. Kami tidak pernah serik malah sentiasa memulakan karya baru sebaik sahaja ianya dicuci. Dan sehinggalah suatu hari ayah tiba-tiba bertukang menutup tingkat atas secara rasminya dengan menutup jalan masuk dengan dinding kayu. Mulai hari itu, karya kami tersimpan di situ tidak diusik.

Selepas itu, aku membawa adik aku pergi ekspedisi berakit di sungai. Dapat dilihat dari jauh permandangan Istana Impian yang tidak berseri tanpa penyerinya. Rakit buluh itu hasil kerja sama aku dengan Apai, anak Pak Long. Aku letakkan adik Wan ke atas bahuku untuk dia melihat permandangan jauh rumah kami dari sungai itu. Selepas itu aku dan kawan sekampung akan bertanding renang di sungai. Si Wan hanya duduk memerhatikan dan menjadi penyokong nombor satu aku. Aku berlawan sengit dengan Apai, akhirnya aku yang menang.


November 1982

Itulah tahun yang paling aku tidak dapat lupakan… dimana aku kena berkhatan!!… Aku masih ingat lagi sebelum hari berkhatan itu, ayah dengan bantuan Mak Ngah dan Pak Long mengadakan majlis kenduri di rumah baru kami. Ayah kelihatan senyum aje sambil berbual mesra dengan orang kampung. Aku yang tuan empunya diri merasa seksa bahananya kerana umur aku nak masuk 13 tahun hanya tahu duduk termenung menangis. Wan yang sudah sekolah tadika bukan main seronok tengok aku menangis. “Abang ni, kenapa nangis… potong senapang tu apa?”… mendengarkan perkataan itu aku bertambah menangis lagi sebab mengenangkan upacara khas di hari esok!!

Tetapi apa yang paling aku ingati sekali ialah ketika aku tengah berpantang sunat dengan kain pelikat digantung macam khemah arab yang dibuat oleh ayah. Si Wan datang dan kata, “Mak Ngah cakap abang Han ada simpan senapang patah dalam khemah ni.” Sambil dia merayap masuk dalam khemah sementara aku itu. Aku hanya tahu menjerit, “Ayah… adik masuk khemah saya ni!!” Si Wan memang tak tahu nak berundur malah terus maju ke depan. Ayah yang datang untuk menyelamat dah terlambat. Aku juga yang sakit sebab beberapa kali kena langgar dalam operasi serang-hendap itu. Itulah saat paling aku geram nak marah pada Wan tetapi bila tengok dia tidur sebelah aku, aku tak jadi nak marah.

Ayah juga dalam minggu pertama aku bersunat.. pasti selalu tidur di sebelah aku juga. Manalah tahu aku meragam sakit nak buang air… maka kenalah ayah yang angkatkan aku ke tandas. Nasib baiklah ayah masih ada ketika itu bolehlah dia jadi hero gagah. Seksa betul rasanya bersunat masa tu tak macam budak-budak sekarang- generasi ‘operation’ di hospital. Selepas dua hari dah boleh main bola.

Kemudian apabila sunatan itu dah baik sikit, aku tidak berani lagi pakai seluar yang ada zip. Kalau nak pakai kena pakai seluar dalam dulu. Aku tak boleh nak bayangkan ada benda yang tersepit kalau tersalah zip. Si Wan bila tengok aku pakai seluar kecik, dia pun nak pakai sama. Aku kemudian cakap, “Eh… orang tak bersunat tak boleh pakai seluar tu.” “Bolehlah adik pakai…” Kata si Wan lalu lari dengan seluar yang terlondeh.

Satu perkara yang begitu mengingatkan adik kepada arwah ibu, dia akan batuk-batuk ketika hari hujan. Dia pernah demam 2 minggu kerana ikut aku bermain hujan dan itu menyebabkan ayah begitu marah dengan aku. Sebelum kena marah terlebih dahulu aku kena penampar sulung dari ayah. Tidak pernah ayah buat begitu. Ketika adik sakit itu… aku berjanji bersungguh tidak akan mengulangi kecuaian itu lagi… sumpah!! Aku memang tahu adik Wan mewarisi sakit ibu.

Selepas berkhatan, aku mempunyai hobi baru iaitu sangkutkan diri terbalik di dahan pokok dan kemudian melakukan senaman angkat berat dengan menggunakan batu-batu sungai. Mungkin disebabkan keinginan aku untuk menjadi lelaki tinggi lampai dan macho. Aku rasa itulah antara langkah-langkah awal aku lakukan yang menjadi faktor membolehkan aku menjadi model ternama kemudian hari. Dan adik Wan akan duduk memerhati menjadi penonton setia nombor satu. Dia hanya senyum aje… mungkin dia mahu mengikuti jejak aku.


Ogos 1985

Adik Wan sudah darjah dua dan aku sudah tingkatan dua, keadaan di rumah dah agak baik dengan ayah tetapi zaman ekonomi meleset yang melanda seluruh dunia menyebabkan ayah lebih teruk berjuang memajukan perniagannya yang turut dilanda masalah kewangan. Urusan bisnes menyebabkan ayah selalu balik lewat ke rumah dan kadang-kadang ayah tak balik rumah langsung.

Ini memberikan kesan kepada si Wan sebab dia suka tunggu ayah untuk makan malam bersama. Dia pasti ketiduran di meja makan dengan makanan yang Mak Ngah hantar. Kemudian akulah yang mengangkat dia ke bilik. Selalunya ayah pulang, aku masih lagi membaca buku lewat malam. Ayah akan cium di dahi aku, suruh belajar rajin-rajin dan kemudian ayah pergi tengokkan si Wan yang dah tidur.

Dan tibalah di suatu hari, aku sedang makan malam manakala si Wan hanya perhatikan aku makan. Mak Ngah masih ada kerana menyajikan makanan yang dibawa dari rumah untuk kami dan menyuruh Wan supaya makan.
“Irwan… makanlah sayang Mak Ngah.” “Tak nak… Wan nak tunggu ayah.” Itulah sahaja jawapannya.

Entah tiba-tiba muncul sebuah kereta Proton Saga merah plat WAB 1984 meluru masuk ke halaman rumah. Rupa-rupanya Encik Halim rakan kongsi syarikat ayah, wajahnya cemas aje sambil masuk ke rumah. “Kak Zah!.. saya nak beritahu tentang Akmal.”
“Kenapa ni adik Halim, apa yang dah berlaku ni? Kau nampak cemas je ni.”

“Berita tak baik kakak, masa Akmal dalam perjalanan nak balik ke sini… dia kemalangan kak… dia cedera parah!” Katanya memeranjatkan Mak Ngah. “Akmal, adik aku!” Jerit Mak Ngah lalu pengsan.

Aku tergamam dengan nasi di mulutku, hanya menitis airmata manakala si Wan pergi ke sisi tepi Mak Ngah, “Mak Ngah, Mak Ngah… kenapa Mak Ngah tidur kat atas lantai ni… kan tilam ada kat bilik tu.”


Jun 1987

Aku ketika ini biasa-biasa aje, walaupun kat sekolah akulah Mat Romeo. Tidak dinafikan pemergian ayah dua tahun lepas masih terasa. Dan sejak itu, kami berdua tinggal terus dengan Mak Ngah. Pak Ngah dah menjadi ayah sendiri… tidak ada pilih kasih.

Waktu cuti, aku dengan Wan buat rakit seperti biasa. Kemudian arus sungai akan membawa kami ke kawasan rumah kosong Istana Impian. Kemudian kami pergi meninjau-ninjau rumah yang dikosongkan itu. Rumah itu tidak terjejas cuma semak sahaja yang tumbuh melata sekeliling rumah. Kemudian aku dan Wan masuk ke dalam rumah, setelah mundar-mandir di tingkat bawah, aku ajak adik ke tingkat atas. Aku dengan machonya menanggalkan dinding penutup jalan ke tingkat atas. Kami menjelajah bilik-bilik kosong itu. Apa yang terkilan sekali ialah apabila kami melihat hasil kerja lukisan contengan kami bertahun lepas. Wan menangis dan aku memeluknya untuk menenangkannya. Namun rumah itu bukan milik kami lagi, rumah itu menjadi milik bank apabila syarikat perniagaan ayah muflis selepas kematiannya. Rumah dan tapak tanah menjadi cagaran kepada pinjaman terakhir yang dibuat oleh ayah untuk menyelamatkan perniagaannya.
Kemudian kami berdua bertanding renang di sungai. Walaupun aku menang, Wan tetap memberikan saingan sengit. Tentang rumah Istana Impian, aku berazam bersungguh-sungguh untuk menebus kembali harta hakmilik keluarga kami.


November 1988

Sudah lama aku menantikan saat-saat ini, adik Wan sudah 12 tahun dah tiba giliran dia kena khatan. Masa giliran dia tidak ada majlis kenduri kerana Mak Ngah dan Pak Ngah tidak mampu. Apa yang berlaku ialah cuma aku, Pak Ngah dan Pak Long menghantarkan si Wan ke tempat berkhatan dengan Pak Long memandu kereta buruk Ford 1973 ayah dulu. Selepas balik, si Wan hanya tahu menangis memanjang sahaja. Aku yang sudah 18 tahun dengan machonya mengangkat adik masuk dalam rumah seperti mana ayah pernah lakukan pada aku dulu. Kini… akulah hero si Wan… bukan itu sahaja abang dialah antara paling kacak dan tinggi lampai di kampung kami. Si Wan masih menangis memanjang sambil aku membuatkan khemah sementara seperti mana aku dibuat oleh ayah. Tidak ada orang lain yang tolong jaga kerana Mak Ngah boleh harapkan aku seorang untuk menjaga si Wan di bilik aku. Macam-macam kerenahnya… banyak bertanyakan bilakah sakitnya akan reda bilakah boleh buang air… boleh mati ke… naik bosan aku melayan keletahnya dan akhirnya aku yang tertidur di sebelahnya.


Jun 1989

Selepas sahaja Izhan menamatkan SPMnya, dia terus pergi ke Kuala Lumpur untuk mencari kerja. Dia mempunyai misi besar walaupun si adiknya susah hendak berpisah jauh dengannya. Namun si Han bertekad untuk berjaya. Mujurlah masa tu, sepupunya Apai sudah tinggal dan ada rumah sewa di sekitar bandaraya. Pada awalnya Han mengikut Apai kerja sementara di sebuah pusat membeli-belah di ibukota. Setelah 6 bulan bekerja, dia hampir tertekan putus asa untuk balik kampung aje… kerana susahnya mencari pekerjaan yang lebih baik. Tetapi tiba-tiba nasib dia berubah sebab dapat peluang untuk menjadi model iklan bidan terjun bagi pasaraya tempatnya bekerja. Oleh kerana tarikan ketampanannya, secara tidak terduga… tugasan bidan terjun itu membuahkan beberapa kontrak sambilan peragaan model iklan yang lain… akhirnya satu agensi pengiklanan mengambilnya bekerja sebagai model sepenuh masa. Dan seterusnya si Han menjadi model lelaki terkenal di seluruh negara dengan nama Han Akmal. Si Han tidak setakat mahu menjadi model malah belajar sedikit-sedikit kerja di belakang tabir agensi tempat dia bekerja.

Si Han sememangnya tidak pernah putus berutus surat dengan adiknya, yang menarik sekali si Wan pastinya akan mengirimkan lukisan kartun yang mencuit hati dalam surat yang dikirimnya. Si Han pastinya menghantarkan gambar-gambar terbarunya.

Berbalik dengan soal kerjaya Han, Han banyak melibatkan diri secara tidak langsung dengan agensi pengiklanan akhirnya dia mendapat posisi sebagai pembantu pengarah rekabentuk. Iaitu jawatan bertaraf budak suruhan sahaja. Tetapi dengan pengalaman itu, Han sudah mampu untuk mengambil gambar secara professional dan melakar design storyboard iklan.

November 1991

Kedudukan Han telah stabil dan dia kini ada sebuah apartmen sendiri hasil daripada kerjanya. Apa tidaknya, dia telah diambil bekerja oleh Dato’ Basir sebagai penolong pengurus jabatan pengiklanan syarikatnya yang baru ditubuhkan oleh beliau. Syarikat Dato’ Basir sebelum ini adalah pelanggan tetap agensi tempat Han bekerja sebelum ini.

Kekreatifan dan sifat dedikasi Han telah menarik perhatian Dato’ Basir yang memiliki syarikat gergasi Multi-Raya Sdn. Bhd. yang terlibat dalam pelbagai aktiviti perniagaan di Malaysia. Apa lagilah anak saudara Dato’ Basir, Syafika selalu berurusan dengan Han berkenaan tempahan iklan di syarikat Han dulu.

Bak kata orang, tuah itu datang bergolek apabila Dato’ Basir berhasrat untuk mengurangkan kos syarikat lantas menubuhkan agensi pengiklanan sendiri di bawah naungan dengan nama Multi-Raya Art & Design Sdn. Bhd. . Si Han tidak menyangka dia akan disambar oleh Dato’Basir diambil bekerja. Dan cita-citanya kini hampir menjadi kenyataan, dia sudah ada rumah sendiri. Han terus bekerja keras sehingga di suatu hari yang sibuk dia teringatkan sesuatu kekurangan dia dia hampir lupa satu hal iaitu adiknya yang seorang di kampung sana. Lalu Han mengambil keputusan untuk membawa adiknya duduk bersamanya dan bersekolah di bandar.

Disember 1991

Suasana di hujung musim cuti sekolah, Wan menghabiskan masa bercuti dengan memancing bersama-sama sepupu-sepupunya, Raziz dan Azlan. Wan teringatkan ketika menelefon abangnya tempoh hari, Han ada cakap dia nak pulang kampung sekejap. Han cakap dia ada hal penting.

Wan teringatkan itu adalah kali pertama abangnya balik kampung selain musim raya. Han cakap dia ada surprise. Bila fikit-fikir, Wan hairan kenapa abangnya susah sangat nak balik kampung walhal abangnya selalu cakap dia sayang pada dia. Wan teringat-ingat kisah abangnya selepas abangnya habis SPM terus cabut ke KL untuk mencari kerja mengikut Apai.

Mula-mula abangnya kerja di tempat Apai kerja kemudian jadi model sambilan, model tetap, jadi penolong designer dan kemudian menjawat jawatan penolong pengurus syarikat pengiklanan. Wan ingat lagi, mula-mula abangnya masukkan dalam akaunnya, mula-mula RM50 sebulan, kemudian RM150 dan kini sudah RM700 sebulan. Wan hanya menguna RM100 sahaja dan selebihnya dia berikan kepada Mak Ngah tetapi Mak Ngah tidak mahu menerima malah dia menyuruh Wan simpan dalam bank sahaja.


Bila Wan balik rumah, terkejutnya dia bila dapati abangnya sudah sampai dengan 4WD Suzuki Vitara 1991 berplat WBA 8082. Wan dapati Han dengan duduk berbincang dengan Mak Ngah. “Hai, nampaknya dah balik pun adik abang... banyak ikan nampak.” Kata Han sambil tengah duduk di serambi bersama Mak Ngah.

“Aha… baru kereta abang.” Kata ringkas si Wan.
“Syukurlah kau dah berjaya Han.” Kata Mak Ngah puji. Si Wan melabuhkan punggung duduk di serambi tepi rumah kayu itu.

“Ini semua dengan pertolongan Mak Ngah, Pak Ngah dan Pak Long sekeluarga. Dan Han masih mempunyai hutang yang belum berbayar.” Kata Han mempunyai maksud yang mendalam. Mak Ngah teringatkan kisah silam dimana Izhan telah bersumpah di hadapannya dan abang Longnya untuk mengembalikan semula maruah keluarga mereka dan harta peninggalan ayahnya sebelum Han ke KL dulu. Adiknya si Wan tidak mengetahui apa-apa tentang kejadian itu.

Si Wan mengunjukkan ikan tilapia 8 ekor yang berjaya dipancingnya dari lombong tinggal kepada Mak Ngah. Mak Ngah kemudiannya ke dapur. Wan berpaling melihat abangnya.

“Kenapa abang jarang sangat balik kampung.. abang tidak kisah dengan famili lagi ke?” Si Han pergi duduk sebelah Wan.
“Eh.. jangan anggap macam tu pada abang.. tengok ni, abang dah balik pun ni.”Han sambil tepuk bahu si Wan dan senyum-senyum. Wan hanya tersenggih. “Habis.. apa yang abang Han cakap ada surprise?”
“Abang ingat nak ajak kamu tinggal dengan abang di bandar dan start sekolah di sana untuk sesi baru ni.” Wan terkejut dengan perkataan abangnya dan bulat mata terkejut.
“Kamu masih sayang pada abang tak?” Sambil Han letak tangan di bahu Wan. Wan hanya angguk.

Malamnya mereka makan malam beramai-ramai di rumah Mak Ngahnya, Pak Longnya ada sama. Turut dihidangkan sama ialah ikan tilapia goreng berlada yang si Wan kail siang tadi. Esok harinya Han dan Wan membuat rakit daripada buluh dan berakit di sungai kemudian mereka membuat ekspedisi ke rumah lama mereka yang masih berdiri megah. Kemudian mereka berlumba renang dan dimenangi oleh si Wan, ternyata Han sudah hilang staminanya dahulu. Wan kini lebih gagah perkasa tubuhnya.

Keesokkan, mereka berangkat ke KL. Dalam perjalanan ketika masih melalui jalan kampung mereka itu, mereka berselisih dengan Tok Mail yang masih mengayuh basikal roda tiga dan beruknya masih ada. Han dan Wan saling berpandangan dan kemudiannya satu kereta terdengar jeritan kuat. “Tidak!!!” Kerana kedua mereka juga mengalami fenomena yang sama ketika mereka di sekolah tadika dahulu iaitu takutkan beruk!!

Kemudian si Wan memulakan sesi persekolahan baru tingkatan tiga di sekolah barunya. Setiap hari abangnya menghantarkan dia dengan Vitaranya itu. Biasanya sebelum pergi sekolah si Wan bertugas menyediakan sarapan pagi, sarapannya tidak hebat sangat ringkas sahaja dengan kadangkala roti bakar, telur goreng, bijirin segera atau sekali sekala degan lempeng susu kegemaran abangnya. Kebiasaan si Han yang liat nak bangun pagi, dekat 7.00 a.m baru bangun.

Di sekolah, si Wan mencuba bakat aktif dalam sukan. Dia memilih permainan ragbi. Kalau dia balik dengan badan sakit-sakit, abangnya sedia untuk picitkan dia. Dia juga sekali-sekala mengikut abangnya ke gimnasium di hujung minggu. Dan dialah juga kena picit badan Han.

Di sekolah, si Wan sudah ada seorang peminat, namanya Salina. Semua orang di sekolah memanggil Wan dengan nama pertamanya iaitu Kamal tetapi hanya Salina sahaja yang memanggilnya dengan nama manjanya. Mereka sudah mula rapat dengan bersama-sama pergi studi di library. Namun mereka tidak pernah cuba dating di luar sekolah kerana si Wan baik budaknya.

24 November 1993

Wan hari ini cuba masak makan malam, sebenarnya tidak juga boleh dikatakan makan malam sebab cuma nasi yang dimasak sendiri. Wan menantikan abangnya untuk pulang membawakan lauknya. Dia tengok jamnya sudah 9.30 p.m. tetapi abangnya tetap masih belum balik. Hari ini hari yang teristimewa….

Si Wan menghabiskan masa di meja tamu dengan melukiskan kartun di buku lakarannya. Maklumlah si Wan kini tengah cuti sekolah lepas SPMnya. Banyak juga lukisannya telah diterbitkan oleh majalah humor tempatan. Pendekata setiap bulan si Wan membeli majalah yang ada lukisan kartunnya. Sekarang sudah ada 74 buah majalah yang berjaya dikumpulnya. Setiap satu kartunnya, dia menerima komisen lebih RM 100.

Bila Wan tengok sekali lagi, jam sudah 10.00 p.m. . Hatinya geram tapi dia buat tak endah aje. Kemudian terdengar bunyi pintu apartmen diketuk. Hairan si Wan, kalau abangnya tentu abangnya dah ada kunci untuk masuk. Terkejut si Wan bila dibuka pintu rupanya Syafika. “Surprise Wan! Happy seventeen.” Dengan Syafika membawa kek harijadi. Wan hairan abangnya tiada.

“Mana abang Han, kak Fika?”
“Abang kau, ada lagi kejutan untuk Wan.”
“Kejutan apa lagi?” Hairan si Wan. Manakala si Syafika pergi meletakkan kek ke meja makan, kemudian dia mengeluarkan kotak hadiah kecil daripada beg tangannya. “Bukalah sekarang.” Suruh Fika.

Wan membukanya, rupa-rupanya dua keping CD. Satu daripada kumpulan Cranberries dan satu lagi kumpulan Aces of Base. “Thanx kak… macam mana akak tahu….”

“Abang Han kamu ada cerita kat akak yang kau suka sangat dengar lagu Linger-Cranberries dan Don’t Turn Around- Aces of Base tu.” Kemudian Syafika ke dapur untuk menyediakan ais untuk minuman. Manakala Wan memasangkan dua CD itu pada radio CD jukebox 200’s Panasonic yang Han beli di Jepun 3 tahun dulu. Wan masih ingat lagi ketika itu dia demam teruk dan abangnya terpaksa meninggalkannya untuk pergi berkursus design di Jepun selama beberapa bulan. Wan programkan untuk mendengar dua lagu kesukaannya itu.

“Kenapa abang lambat sangat?” Tanya ingin tahu Wan. “Itulah tadi abang Han kamu jemput akak dekat rumah untuk ambilkan lauk yang akak masa… kemudian dia terlupa satu perkara…”
“Perkara apa kak?”
“Itu akak kena tolong rahsiakan.” Kata Fika.

Kemudian abangnya muncul dengan plastik besar yang berisi dengan bekas-bekas lauk-pauk. Kemudian upacara belah kek dan abangnya mengeluarkan satu kotak kecil dari poket bajunya. Kotak hadiah itu kecil berbanding dengan kotak letak cincin. Bila Wan buka, rupa-rupanya di dalamnya ada kunci motor Kawasaki Super Kips. Kemudian mereka makan malam.

Selesai makan malam itu, mereka turun ke bawah untuk mengiringi Syafika pulang. Fika memeluk si Wan sambil ucap sekali lagi selamat hari jadi. Si Han cuba buat nak dakap si Syafika tapi ditolak oleh Syafika, “Eh… awak tak nak aahh… satu petang tak mandi.”
“Apa… awak kata saya.. tak mandi? Ini tak boleh jadi ni…” Kata Han sakit hati. Fika berlalu dengan menaiki BMW 380i, mereka menengok motorsikal hadiah yang berplat WCW 1020. Si Wan mencuba-cuba test-drive,

“Abang, thanx a lot.”
“Kau kan adik abang.”
“Masalahnya.. abang Han terlalu manjakan Wan.”
“Kenapa… tak bolehkah begitu?”
“Boleh.. tapi… Wan rasa malulah dengan kawan-kawan sekolah.”
“Malu apa…”
“Kawan-kawan kata Wan ni adik manja..”
“Habis… abang ni ada adik sorang jer… abang pun nak manja jugak.”
“Abang Han nak manja macam mana?” Hairan si Wan.
“Apa kata… lepas ni Wan picit belakang abang… sebab lenguh betullah bawak motor ni tadi…”
“Okay… tanggung beres.”

Mac 1996

Suasana di Sekolah Menengah Tengku Deris (SMTD), Kuala Lumpur itu agak meriah kerana bekas pelajarnya sedang datang untuk mengambil keputusan STPM. Jam pejabat sekolah sudah 11.30 a.m. Mereka yang datang itu kini secara tidak sedar membentuk perkumpulan masing-masing untuk berbual bersama, ada yang ikut rakan sekelas dan ada juga mengikut perkumpulan pasukan permainan.

Dalam berkumpulan budak-budak ragbi pasukan TDBoyz terdapat seorang pemuda yang berambut sedikit panjang, memakai jaket kulit dan berseluar serba hitam. Perwatakannya ala gangster atau rockers aje. Dia banyak diam manakala kawan lain berbual rancak. Mungkin sebenarnya dia mengambil sikap low-profile aje atau dia lebih suka mendengar aje apa yang diceritakan oleh rakan-rakannya.

Di wajahnya tiada sebarang senyuman tanpa mood kemudian disapa, “Hoi Kamal… kenapa ni diam aje… cakaplah sikit.. macam ada problem besar ni?” Tanya Syukri kawan rapat sekolahnya.

“Kau tau Syukri… aku dah niat… selagi belum dapat result… aku takkan tunjukkan apa-apa yang menceriakan hati.”
“Eh peliklah, kau ni Kamal… sejak bila kau jadi orang warak alim ni.” Kata Syukri bersenda-gurau.
“Ini serius ni… abang aku dah bagi amaran… kalau tak lepas STPM ni… mati aku kena kerjakannya.” Kata Wan kerisauan.

“Apalah kau ni Kamal, abang kau takkan nak marah kat kau… kan semua orang tahu… kau tu satu-satunya adik yang dia ada.” Kata Herman bagai nak perli.

Wajah Wan ternampak sedikit kemarahan, bila rakannya usik pasal abangnya si Han. Kawannya gelak-gelak bila tengok gelagat si Wan. Syukri menambah kata, “Eh… aku ada baca satu kajian sains tau… biasanya kalau dua adik-beradik lelaki kembar tu… akan mudah jadi pasangan…”
“Eh... kau jangan sebut itu…” Amaran Wan merah padam mukanya.
“Kawan-kawan.. cuba bayangkan kawan kita sorang ni… ada affair dengan abangnya tu..” Kata gurau Herman.
“Alah memang pun.. kawan-kawan perasaan tak yang tiap-tiap hari abangnya hantar dia kat sekolah dengan Vitara tu… dia cakap dia ada motor sendiri tapi tetap dia dimanja kena hantar oleh abang dia..” Sambung Raziz.
“Dan lagi… bila ada tournament, pasti abangnya datang untuk sokong dia… adik manja katakan…” Celah Herman.
“Kau orang ni asyik mengata aku jer…”
“Okay Kamal… kalau macam tu… jaket yang kau pakai sekarang ni… kau beli sendiri ke?…” Tanya Herman.
“Alah… tentu abang punya kan…” Kata Raziz. Kawan-kawannya gelak sakan ketawakannya. Wan terdiam sebab memangpun baju jaket tu milik abang Hannya.
“Hei... kawan… aku dengan abang aku normallah.” Kata Wan cuba membela diri. Kawan-kawannya terus gelak. Tengah-tengah ketawa rakan-rakan Wan itu kemudian terhenti apabila munculnya seorang gadis misteri datang menghampiri mereka dan bersuara, “Maaf saudara-saudara sekalian.. boleh bagi laluan… saya nak jumpa dengan Wan!” Keadaan terdiam…

“Oppss… awek dia datang ohh...”Umum Syukri.
“Okay geng... masa untuk mengundurkan diri dari satu gelanggang cinta sejati…” Kata Raziz. Kemudian budak-budak ragbi bergerak ke tepi menyebabkan pembentukan jalan penghubung di antara gadis itu dan si Wan !!

Manakala bertempat di suatu sudut lain di bandaraya KL, bertempat di Menara 10 tingkat Multi-Raya Sdn.Bhd. Di tingkat bawah ruang pejabat yang bernama Multi-Raya Art & Design kini sedang berlaku perbincangan hangat antara Han dan Syafika.

“Okay… apa yang harus kita lakukan… yang sebenar-benarnya untuk projek khas ini?” Tanya Han.
“Yang sebenar-benarnya.. adalah, saya yang akan uruskan semuanya… daripada a ke z dan dari 1 ke infiniti… dan saya tidak mahu awak mengubah apa-apa yang telah saya rancangkan ini, Encik Kamal Izhan ooiii…” Kata keras Syafika.
“Okay… itu terpulang kepada awak…” Kata Han seperti mengalah.
“Saya telah merancang segalanya untuk projek ni Han!”

“Tetapi cik Miss Syafika ooiiii… saya ni kan penolong pengarah projek ini… berhak untuk membuat keputusan atau menyatakan ketidaksetujuan saya dalam apa-apa perkara pun.” Kata Han menegak kebenaran.

“Aha… awak betul tetapi ingat Pak Lang saya, Dato’ Basir telah melantik Fika secara rasminya sebagai pengarah projek ini.”
“Saya mahu ia diubah…”
“Tidak boleh… awak tu tidak boleh dipercayakan sangat… mesti ada muslihatnya.”

“Awak kata saya tidak boleh dipercayai?” Kata Han.
“Memang pun, awak kan bekas model. Mat Romeo kan pandai berkata-kata membuatkan orang terpedaya.”
“Okay, awak boleh cakap apa saja… untuk saya lakukan untuk awak… saya sanggup apa saja... cakap je.”
“Betul ke Han… atau cuma janji manis sang romeo di bibir saja.”
“Katakan cik Fika…”

“Awak tidak boleh nak perdayakan saya, cik Han.” Kata Fika panas mood mula mengemaskan failnya untuk keluar.
“Fika… tidakkan boleh awak bertolak ansur dalam hal ini…”
“Tak boleh… saya nak jumpa dengan Dato’ Basir sekarang dan Fika akan tetap mahukan Projek Hari Keluarga ni.. dibuat di Langkawi!”
“Di Pulau Pangkor!” Kata Han.
“Kenapa di Pangkor Han? Adakah kerana Cik Erni model terkenal kekasih lama awak dulu dah buka resort hotel kat sana kan?” Tanya geram Fika.

“Fika… Han tak ada niat lainlah…. Saya cintakan awak.”
“Ah lelaki… Fika tak nak percaya.”
“Katakan apa sahaja Fika, Han sanggup lakukan apa saja… untuk mendapat kembali kepercayaan awak.” Sambil aksi si Han merayu macam penyair agung merayu bulan.

Fika terdiam sejenak kemudian bergerak keluar dari pejabat Han itu tetapi dia terhenti dan terfikirkan sesuatu.
“Okay… esok sepatutnya Fika akan handle interview untuk jabatan perakaunan. Saya mahu awak gantikan saya,bolehkan?” Kata demand si Fika.

“Okay tidak ada masalah…” Kata mengalah Han. Si Syafika dengan senang hati keluar dari pejabat yang berlabel- En. Kamal Izhan Akmal, Pengurus Jabatan Pengiklanan.


Manakala di sekolah SMTD, Kuala Lumpur. Si gadis dan pemuda itu keduanya berdiri begitu dekat sekali. Si gadis berwajah muram semacam manakala si Wan tunduk terdiam saja. Si Lina bersuara… “Lina tak tahan kalau begini… terus begini…. Lina bosan dengan sikap awak tu.”

“Kalau awak tak suka, apa boleh saya buat.” Kata Wan.
“Sampai hati awak cakap macam tu!” Kata Lina telah terluka, Lina kemudian pergi merajuk ke bawah pokok besar dan duduk di bangku kerusi batu. Wan hanya jerit, “Lina!” Semasa Lina berlalu pergi… nampaknya terpaksalah si Wan pergi memujuk si dia.

Wan menghampiri si gadis itu yang seolah bersedih. Wan kemudian duduk sebelahnya untuk memujuk rayu, “Lina, kenapa ni… seingat Wan… Wan tak pernah lakukan sesuatu yang menyakiti hatimu.” Lina hanya terdiam buat tidak peduli. “Jangan buat Wan begini…” Wan pula yang tidak tahan hendak marah, Lina bersuara….

“Apa awak cakap!… Wahai saudara Kamal Irwan… selama ini Lina jadi macam tunggul kayu saja tau… dah lima tahun tau… kalau kita terus begini… sampai bila Lina harus menunggu!”
“Lina, awak kena terima inilah diri Wan yang sebenarnya… saya bukannya si mat romeo yang membawa si julietnya ke hulu dan ke hilir.. 24 jam seperti belangkas.. itu bukan cara Wan.”

“Cakaplah Wan... adakah cinta kita untuk selamanya?” Pertanyaan Lina itu amat mendalam sekali menyentuh pasal komitmen cinta Wan itu. Wan hanya terdiam tak berkata.

“Itu Wan tak boleh nak cakap...” Wan kemudian berlalu pergi. Manakala rakan-rakan Lina yang memerhati dari jauh pergi menghampiri si Lina. Dan Lina hanya termenung sedih.

“Eh Lina… macamana? Aku kesianlah tengok kau bersedih sejak habis exam lagi.” Kata Suriani rakan baiknya. Lina terus termenung. “Kau kena sabar Lina, result pun bila-bila masa saja keluar ni..” Kata Asiah yang tidak tahu apa sebenar krisis yang berlaku.

“Kau mesti dapat top three.” Si Ida cuba menceriakan.
“Hei kawan-kawan… si Lina ni bersedih bukan pasal result exam… tapi dia sekarang berada dalam dilema percintaannya.” Kata Liza.
“Kau terpaksa memilih sekarang…. Antara kekasih atau tunang pilihan keluarga kau tu.” Kata Suriani. Si Lina seperti tersedar dari lamunannya. Manakala rakan-rakan Lina yang lain terkejut besar dengan pengumuman itu. “Apa???”

“Eh… Wan dah pergi jauh ke?” Tanya Lina baru bersuara.
“Dah… dia pergi jauh ke sana dah.” Kata Suriani menjawab.
“Itulah kan… Lina tidak tahu bagaimana hendak berterus-terang untuk memberitahu keadaan sebenarnya… Wan seorang yang amat baik.” Kata jelas Lina.

“Kalau macam tu Lina, kau harus lupakan si Wan sebab kau tak layak untuk dia.” Kata Ida begitu kasar.
“Ida! Jaga mulut kau sikit...” Kata Suriani benggang dengan sikap Ida itu. Lina nampak makin bersedih.

Si Ida serba-salah kerana membuat hati kawannya itu terguris, dia cuba memujuk, “Lina… maafkan aku cakap terkasar tadi… bukan maksud aku jahat… tapi cuba kau fikir… jika Wan itu seorang yang baik, dia berhak mendapat yang baik juga. Mungkin bukan jodoh kau orang berdua.” Kata Ida itu seolah memberikan satu point penting yang harus dipertimbangkan.

“Betul juga kata kau Ida… Aku harap Wan tak marah.. atau merajuk nanti.” Kata Lina seolah-olah mendapat satu kekuatan baru.

Wan sudah berada jauh dari kekasihnya itu, dia hanya keseorangan. Dia juga kesedihan. Dia tidak mengerti mengapa si Lina bersikap lain berbeza dengan gadis yang dia pernah kenal selama 5 tahun lepas. Mungkin disebabkan salah Wan juga sebab tidak menunjukkan keseriusan tentang perhubungan diantara mereka berdua. Pendekkata nak dikatakan pasangan kekasih… tak pernah pun mereka berdating selain daripada berjumpa di sekolah. Kalau ada pun... hanya pergi ke Perpustakaan Negara.

Si Wan terbayang-bayang teringatkan detik mula kenal si Lina dulu. Lina ada tegur dia. “Eh, awak… awak ni ada mirip wajah dengan Han Akmal model lelaki yang terkenal tu…”
“Iya ke?… saya pelajar baru kat sekolah ni… saya Kamal Irwan.. atau Wan.. nama pendek.” Tanpa Wan memberitahu nama penuhnya.

“Saya Salina… panggil je Lina.” Sambung Lina lagi. Mereka bertemu masa latihan awal sukan sekolah ketika sedang berehat dari latihan. Ketika itu si Wan berlatih pasukan TD-Boyz ragbi sekolah manakala si Lina berlatih untuk pasukan bola jaring sekolah.

Pertemuan kedua ialah ketika di perpustakaan sekolah. Waktu itu si Wan hendak membuat pendaftaran kad pinjam buku dan kebetulan Salina adalah pengawas perpustakaan yang bertugas ketika itu. Masing-masing terkejut dalam pertemuan tak disangka itu. “Eh awak Wan… apa boleh saya bantu?”

“Saya nak buat kad pinjam buku, Cik Lina.”
“Okay sekejap ya…” Sambil Lina mengambilkan barang-barang perlu seperti kad kosong dan buku daftar utama.
“Okay… sekarang boleh tak awak bagi saya kad pengenalan awak.” Kata Lina melaksanakan tugas. Si Wan memberikan i.c.nya, setelah dilihat oleh Lina… Lina terkejut besar.

“Jadi, awak ni….” Terkejut Lina.
“Maafkan saya…. Saya harap awak takkan beritahu orang lain.” Pinta si Wan.
“Entahlah Encik Wan…Akmal, tapi tak nak ke awak ikut jejak langkah abang awak tu?”
“Nak lah jugak…. Tapi sayang saya ni… tak cukup tinggi lah.” Kata gurau Wan membuatkan mereka tertawa bersama.

Dan seingat Wan, selepas itu mereka selalulah belajar bersama di perpustakaan macam satu pasukan pulak. Namun rahsia yang dia adalah adik kepada Han Akmal model terkenal itu terbongkar jua apabila abangnya buat kejutan datang untuk memberikan sokongan kepada Wan yang bermain perlawanan ragbi antara sekolah walaupun si Han sudah menyamar diri dengan topi cap dan berkacamata hitam.

Apa yang pasti diakhir perlawanan ragbi, ramai budak perempuan yang kerumuni abangnya untuk mendapatkan autograf. Dan sejak itu ramai juga budak perempuan sekolah yang menghampiri Wan untuk mendapatkan autograf peribadi Han Akmal.
Dan disebabkan kedudukannya sebagai adik Han Akmal, ada juga budak perempuan sekolah yang menjadi kelab peminat setia menonton si Wan main ragbi. Tetapi secara peribadi, Wan tidak dikacau oleh orang lain kerana dia menjadi kepunyaan Lina secara tidak rasmi.

Namun Wan tersedar dari lamunannya, kawan-kawan sudah berada di sekeliling. “Eh, Kamal…. Termenung panjang nampak.” Kata Raziz mengejutkannya.
“Eh… kawan, nampaknya T.P. kita dah keluar dari pejabat.” Kata umum Syukri melihat pengetua sekolah keluar dari pejabat sekolah untuk membuat pengumuman penting dengan alat hebah pegang tangan. Semua berkumpul mendengar pengumuman.

Tuan pengetua sekolah membuat pengumuman yang keputusan penuh akan ditampalkan sekejap lagi dan analisa lengkap keputusan telah dibuat. Beliau kemudian mengumumkan senarai ringkas pelajar terbaik mengikut subjek. Lina mendapat pelajar terbaik untuk subjek Pengajian Am manakala si Wan berjaya menjadi pelajar terbaik Bahasa Melayu dan Sejarah Melayu.

Amat memeranjatkan nama Kamal Irwan Akmal diumumkan sebagai pelajar terbaik keseluruhan STPM. Maka tidak sia-sialah Wan buat low-profile tadi. Dia dijulang beberapa kali oleh kawan-kawan ragbinya. Si Wan menjadi tumpuan ramai selain daripada papan kenyataan keputusan peperiksaan. Ramai juga budak perempuan bersalam mengucapkan tahniah kepada si Wan.

Kini sudah tiada orang mengelilingi si Wan kerana kesemua mereka pergi berbaris panjang di depan pejabat sekolah untuk mendapatkan slip keputusan tetapi ada orang terakhir datang mengucapkan tahniah kepadanya. Si dia adalah si Lina… “Tahniah Wan... kerana menjadi pelajar terbaik untuk tahun ini.”
“Tahniah juga awak untuk P.A. ….ingat, kitakan satu pasukan dulu…” Kata Wan seolah memujuk Lina.

Wan kemudian menghampiri Lina dan menyatakan sesuatu yang mengejutkan.. “Lina… apa kata lepas ni kita bertunang.” Lina hanya memandang dengan wajah kosong dan menjadi resah serba-salah.
“Katakanlah sesuatu, Lina.” Desak Wan.
“Bagaimana kalau jawapannya adalah tidak.” Itulah jawapan Lina seraya datang kawan-kawan ragbi si Wan. Lina hanya diam dan wajah Wan cukup terkejut dengan kata-kata terakhir itu.

Kawan-kawan mengelilingi Wan. Mereka masih seronok di atas kejayaan si Wan. Si Aidil anak orang kaya mengajak si Wan meraikan kejayaan keputusan STPM mereka. Lina turut dijemput kerana namanya termasuk dalam kelab penyokong pasukan ragbi sekolah. Lina hanya menggangukkan iya. Dan kemudian Lina berlalu membawa diri. Tiada sebarang kata-kata terucap antara mereka… Wan dapat memerhatikan dari jauh si Lina pergi ke kaunter pejabat untuk ambil slip keputusan. Si Faizal menyapa si Wan, “Eh Kamal… apa yang kau orang berdua bualkan tadi… nampak romantik gila…”

Kawan-kawan hanya tergelak ketawa, Wan hanya tenang senyap aje. “Aku tak nak pergilah ikut kau orang semua.” Kata Wan seolah merajuk.
“Hairan… awek sendiri dah kata setuju… dia tak nak pulak” Hairan si Faizal.
“Apalah kau ni Kamal, kita pergi makan ni si Aidil yang belanja. Best ni kat Safarin Seafood.” Kata pujuk si Syukri.
“Kau orang tak payah pujuk akulah… aku tak nak…” Kata Wan seolah amat kecewa dengan kata-kata akhir yang didengari daripada Salina tadi.

Tiba-tiba berdetik nada bunyi hand phone lagu Jerat Percintaan- Siti Nurhaliza. Bunyi itu datangnya dari poket baju jaket kulit yang dipakai oleh Wan itu. Wan baru tersedar sejenak akan sesuatu. Wan menjawab telefon model Startec Clamshell Motorola, “Hello…”
“Hoi… kenapa masih tak inform pada abang result periksa tu… susah-susah aje abang tak pakai hand-set tu hari ni.” Kata Han sedikit geram.
“Maaflah abang Han… Wan terlupa… maklumlah bila dah bertemu dengan member-member ni…” Jelas si Wan tanpa memberitahu peristiwa mengecewakan tadi. Rakan-rakan Wan juga turut menerima panggilan hand phone masing-masing.
“Habis tu… keputusan macam mana.”
“Okay dah keluar pun… well terbaik Bahasa Melayu dan Sejarah… dan terbaik keseluruhan.” Umum Wan.
“Apa… baguslah kalau macam tu… tahniah kepada adik abang. Apa kata kalau kita makan tengahari sama-sama nanti?”
“Alah… kawan-kawan dah ajak makan tengahari untuk raikan..”

“Okay… tak apalah tapi kamu hati-hati sikit bila kat luar tu… hari ni.. abang tengok cuaca macam nak hujan je…” Kata Han ambil berat sambil melihat celahan jendela awan mendung tebal di langit KL.

end hanwan 03

Han&Wan04 : Hujan Hampa

“Wan akan hati-hati… abang Han janganlah bimbangkan Wan sangat.”
“Hati-hati… ini pesan abang.” Kata Han untuk kepastian.
“Abang ni… Wan dah besar panjang ni.. tahulah Wan jaga diri.”
“Kalau kau sakit… dengan badan kamu yang besar tu… tak kelarat abang tak angkat tau…. Okay bye…”
“Bye…” Selesai sahaja si Wan menelefon itu, baru dia sedar yang semua kawan-kawannya semua perhatikan dia dengan aksi nak gelakkan si Wan.

“Eh.. aku dengan abang aku normallah.”
“Iyalah… adik manja…” Kata perli rakan-rakan diselangi dengan gelak-ketawa. Merah-padam wajah si Wan kena perli sakan. Namun tanpa disangka, mereka dapat lihat sebuah kereta volvo hitam memasuki kawasan sekolah dan kelihatan si Lina menghampiri kereta tersebut dan masuk ke dalamnya. Wan kehairanan, turut sama rakan-rakannya. “Eh… sejak bila pulak ayah si Lina pakai volvo besar.” Kata desis Syukri.

Si Wan terus tergamam sehinggalah kereta itu beredar. Kemudian si Wan segera pergi mencari kawan baik si Lina untuk mendapatkan penjelasan. Dia berjumpa Suriani yang berada dalam gerombolan ramai budak perempuan berkumpul. Suriani menyedari akan perkara itu. “Siapakah yang datang mengambil Lina tadi?” Tanya Wan.
“Maaf Wan… itu adalah tunang Salina.” Kata Suriani kemudian diam dan tunduk. Wan kehampaan.

Maa berlalu, Wan kini berada di restoran bersama rakan- rakannya. Dia hanya tunduk termenung kesedihan. “Sudahlah Wan… dah tak ada jodoh kau dengan dia.”Kata Syukri menenangkan hati si Wan.
“Semuanya salah aku… aku tak adventure… aku tidak pernah membelai dia seperti Juliet.”
“Wan… kau dengan Lina adalah contoh couple yang terbaik pernah aku jumpa. Tentu Lina ada sebab tertentu mengapa dia berbuat demikian. Sudahlah bersedih tu… budak-budak perempuan dah sampai pun.” Cuba pujuk Syukri.

Nampaknya perkumpulan kelab penyokong pasukan ragbi baru saja sampai sebab mereka datang dengan bas ke restoran itu. Wan yang menunduk tadi mendongak wajahnya buat cool aje macam tidak ada apa yang berlaku. Ramai gadis mengambil tempat duduk meja hidangan besar yang telah disambungkan. Tetapi yang amat menduga hati ialah kemunculan Salina yang dihantar oleh tunangnya. Betapa romantisnya layanan si tunang Lina. Si Wan bukan main geram melihat keadaan. Rakan-rakan Wan cuba mententeramkan si Wan. Si tunang Lina berlalu pergi. Si Lina cuba pandang kepada Wan tetapi si Wan lihat tempat lain seolah amat terluka merajuk.

Setelah kesemua kelab penyokong mengambil tempat. Si Aidil sebagai penaja majlis makan memberikan ucapan selamat kemudian si Fadli sebagai presiden manakala si Wan tidak mahu berucap sebagai naib presiden. Kemudian Sherina sebagai presiden kelab penyokong memberi ucapan dan akhirnya si Salina sebagai naib presiden.

Lina berdiri, “Sukacitanya saya mengucapkan tahniah diatas kejayaan yang dicapai oleh semua ahli pasukan TD-Boyz dan kelab penyokong….. dan Encik Kamal Irwan… boleh tak kita cakap private sedikit….” Umum si Lina mengejutkan.

Wan memandang kepada bekas kekasihnya. Masa berlalu, Wan dan Salina berada di tempat duduk MPV Toyota Estima si Aidil. Cuaca mendung dan kedengaran guruh dan kilat sabung-menyabung.

Wan hanya membisu dan memandang sepi ke depan. Salina memulakan perbualan, “Wan, apa yang telah berlaku bukannya seperti yang awak fikirkan.”
“Habis apa yang aku fikirkan.” Wan menjawab kasar pertanyaan Lina masih tidak memandang kepada Lina.
“Wan… berilah kesempatan untuk Lina untuk menerangkan… memang benar Lina telah bertunang.”
“Kenapa Lina… macam tu aje.”
“Pilihan keluarga… Wan. Maafkan Lina.”
“Apakah itu sebagai balasan kepada Wan sebab tidak melayan Lina sebagai kekasih… tidak seromantik dengan si dia itu.”

“Eh… awak romantis apa… awak lagi adventure… awak kan pemain ragbi… selalulah saya yang risau setiap kali perlawanan dulu… tetapi sebenarnya bukan salah awak… awak adalah lelaki yang terbaik pernah saya jumpa. Saya harap awak mengerti perasaan saya.”

“Tak apalah Lina… saya akan pergi dari hidup awak untuk selama-lamanya…” Itulah kata rajuk Wan sambil melangkah keluar dari mikrovan itu. Wan terus melangkah, si Lina juga keluar dari van cuba memanggilnya kembali. Tiba-tiba hujan turun lebat.

Si Lina menyeru nama Wan beberapa kali tetapi tidak diperdulikan walaupun hari hujan lebat seamat sangat. Si Lina turut basah, dia kemudian menutup pintu MPV itu dan berlari masuk ke restoran. Semua rakan tertanya ke mana perginya Wan. Lina hanya menyebut… “Dia telah pergi….”
“Dalam hujan?” Hairan si Syukri.

“Bagaimana kawan-kawan?” Tanya Aidil.
“Dia tengah marah tu… biarkan aje dia….” Kata Syukri selaku rakan paling rapat dengan Wan. Mereka faham sangat sikap panas baran si Wan.
[ Lagu JEMU dari Kumpulan MAY ]

Manakala si Han berada dalam Vitaranya sedang meluncur laju ke apartmen. Di luar hujan dan guruh berdentam-dentum kuatnya. Hati Han begitu risau sekali memikirkan tentang si Wan yang memang mudah kena demam kalau hari hujan begini apatah lagi masalah asmanya pasti menyerang. Han mengeluh, “Harap-harap… dia dah balik rumah.” Sambil Han melihat jam pukul 4.30 p.m.

Bila Han sampai di rumah, dia dapati si Wan masih belum balik di rumah. Si Han meninjau di bilik tidur Wan yang tiada tuannya. Si Han cuba berbaring rehat di sofa ruang tamu untuk melepas penat bekerja seharian. Tiba-tiba kedengaran guruh yang amat kuat menyebabkan si Han bertambah susah hati mengenangkan si adiknya itu. Han meninjau-ninjau jendela apartmennya itu. “Ini tak boleh jadi ni….”

Han pergi menelefon nombor hand-setnya yang kebetulan dipinjamkan kepada Wan hari ini. Si Wan pada ketika itu berada di sebuah pondok menanti bas yang tiada orang. Jalan adalah sunyi dari sebarang kenderaan lalu-lalang. Tiada manusia lain yang ada di situ melainkan Wan. Bunyi guruh dan cahaya kilat tidak dihirau oleh Wan langsung.

Pakaiannya dah basah kuyup dan rambut panjang ala rockersnya itu basah kuyup. Wan duduk tunduk sedih dengan bertongkatkan kedua tangannya menutupi muka yang kecewa seamat sangat. Kaki dan tangannya sudah menggeletar sejuk. Kemudian telefonnya berdetik dengan irama lagu Jerat Percintaan- Siti Nurhaliza, lama juga si Wan membiarkannya berbunyi baru diambilnya dari dalam poket jaket. Wan menjawab dengan suara sengau bagai nak demam.
“Hello… abang.”
“Weh… Wan… kenapa ni? Apa dah berlaku…”
“Lina…. Abang Han…. Wan kehilangan Lina…” Hanya itu sahaja kata yang terkeluar dari mulut Wan.
“Sudah.. sudahlah tu… di mana kamu sekarang berada?”
“Wan berada di satu bus-stand di Jalan Merak 2.” Jawab Wan diiringi dengan batuk-batuk kecil.

Masa berlalu, Wan kebatukan manakala si Han masih dalam perjalanan. Han memandu perlahan sambil membuat tinjauan mencari adiknya itu. Suasana masih hujan lebat lagi, Wan kebasahan dan bajunya menitik-nitik air tempias hujan. Dia tunduk kesedihan dan diselangi batuk-batuk sekali sekala... tiba-tiba dia mendengar hon kereta berbunyi beberapa kali. Wan tersedar rupanya 4-WD Vitara abangnya itu terpacul di hadapan hentian itu. Wan perlahan bangun dan pergi masuk ke dalam pacuan empat roda itu.

Si Han tidak sedikitpun bertanya banyak tentang apa yang telah berlaku. Si Wan wajah kesedihan dan diam saja. Si Han hanya mengeluh panjang, “Ini dah kes teruk ni…” Dengan pacuan empat roda itu meredah hari hujan yang amat lebat itu.

Masa berlalu, Han dan Wan telah sampai di apartmen. Si Han terpaksa memapah adiknya yang berkeadaan lemah. Wan masih terbatuk-batuk kecil. Han membawa Wan duduk di kerusi sofa tetamu. Tanpa membuang masa lagi satu persatu pakaian Wan yang basah ditanggalkan sehingga yang tinggal cuma baju singlet dan seluar pendek. “Mana hand-set gua?…” Tanya Han selamba…
“Dalam jaket…” Jawab Wan diiringi batuk-batuk kecil.

Han pun mengambilkan telefonnya, “Nasib selamat telefon aku…” Sambil dia selenggarakan telefon untuk melihat pesanan mesej sepanjang hari dia tidak bawa.
“Abang… abang…” Pinta Wan.
“Apa?”
“Kain tuala…”
“Semua itu ini… abanglah jadi mangsa…” Kata Han tanpa maksud apa-apa sambil dia ke bilik Wan ambilkan tuala dan kain gebar tebal.

Apabila sampai di ruang tamu, si Wan sudah terlena tidur. Han mengelap-ngelap badan adiknya yang basah itu. Dia kemudian menselimutkan si Wan dengan kain gebar tebal itu. Si Han kembali memeriksa pesanan mesej… kemudian si Wan kelihatan mengigau tidur. “Lina... Lina!” Sambil terbatuk kecil.

Han hanya mengeleng kepala tanda kasihan akan nasib adiknya itu. Si Han pergi ke bilik Wan dan mengambilkan ubat medikasi asma si Wan di meja studi Wan. Lalu dia mengejutkan si Wan dari tidurnya dan diberikan ubat itu.

Masa berlalu, jam di ruang tamu sudah 11.30 p.m. Han kini berada di biliknya sibuk menaip menggunakan komputer notebooknya. Di luar sana masih hujan lebat. Sedang sibuk membuat kerja pejabat itu, kedengaran bunyi batuk adiknya yang sedang menuju menghampiri biliknya. Si Wan muncul di ambang pintu masih dengan kain gebar.

“Kamu dah okay?” Tanya Han yang kesibukan mereka-bentuk grafik salah satu kontrak iklan syarikat. Wan masih kebatukan.
“Sikit...” Sambil si Wan pergi baring atas kamar.
“Mahu tidur sini?” Tanya Han.
“Nak jugak… Tak ke… kacau abang buat kerja…”
“Tak adalah… dah nak habis ni pun.” Sambil si Han menutup komputer notebook itu dan meletak di meja sisi.
“Kau ni Wan… dah berapa kali abang Han pesan, hati-hati hari nak hujan… bukannya suruh main hujan.” Membebel si Han.
“Iyalah… iyalah Wan yang salah.” Kata si Wan mengalah aja.

Si Han merebahkan dirinya atas katil, mereka berborak lagi… “Eh… macam mana abang dengan kak Fika sekarang?” Tanya Wan ingin tahu.
“Tak macam mana… macam nak berperang adalah…”
“Eh… berperang pulak?” Hairan si Wan.
“Berperang pasal Projek Hari Keluarga itulah… nampaknya abang kena cari penganti dia lah.” Kata Han seolah berpatah-arang dengan Fika.
“Takkan sampai macam tu sekali.”
“Kak Fika kamu tu.. tak bagi muka langsung pada abang.”
“Abang dengan kak Fika memang sepadan… susah nak cari ganti tu… ingin di hati kalau si dia tu sebaik kak Fika.” Kata Wan termenung panjang.
“Ahh.. sudahlah melalut tu. Akak Fika kamu memang lebih sayang kamu daripada abang sendiri tau.” Kata Han sambil menutup lampu tidur sisi katil.

Suasana bilik Han sudah gelap dengan hujan di luar.
“Abang tahu tak kat sekolah… kawan-kawan tak habis usik Wan ni adik manja.” Suara Wan memecah kesunyian.
“Habis…. Dah besar panjang pun masih nak bermanja.”
“Abang kan hero Wan.”
“Nasib baik abang tak jadi Superman… kalau tidak abang jadi hero terbang.”

end hanwan 04

Hanwansiti Bab 5,6,7,8

Han&Wan05

Keesokan harinya, jam alarm sudah menunjuk jam 6.30a.m. Kedengaran bunyi memasak di rumah dua teruna bujang itu diselangi bunyi batuk-batuk kecil. Si Han bersiap pakaian pergi joging di taman rekreasi seorang diri.

Masa berlalu, jam ruang tamu menunjukkan 7 a.m. tepat, Wan sudah berada di meja makan. Dia sudah menghabiskan bahagian sarapannya. Wan begitu asyik melukiskan kartun baru walaupun baru sahaja kecewa bercinta semalam. Manakala bahagian Han belum diusik lagi. Terhidang di meja – telur goreng, kepingan roti bakar, jem nenas dan bijirin segera.

Jam kemudian menunjukkan 7.20 a.m. Wan masih lagi dengan lukisannya. Manakala Han sedang membaca suratkhabar pagi dan sudah pun menghabiskan bahagian sarapannya. Han sudah menghabiskan bacaannya dan memandang si Wan yang masih asyik melukis, “Apa program kamu hari ni.”

“Lepas ni, Wan nak hantar semua kartun yang dah siap tu.”
“Apa kata lepas tu, kamu makan tengahari dengan abang untuk raikan kejayaan kamu itu.”
“Okay...” Wan meneruskan kerja melukisnya.

Masa berlalu, Han berada di syarikatnya. Dia menghadiri satu mesyuarat mingguan syarikatnya, kelihatan Syafika pun ada sama di mesyuarat itu.

Manakala Wan pula baru sampai di syarikat majalah
yang biasa dia hantar karyanya. Kemudian dia menyerahkan lukisan-lukisan itu kepada ketua pengarang majalah komik. Kemudian dia berjumpa dengan beberapa pelukis tetap syarikat itu. Nampaknya dia sudah dikenali oleh orang-orang di situ.

Sesudah itu, Wan menaiki motor kipsnya menuju ke syarikat abangnya. Dalam perjalanan melalui jalanraya di ibukota itu, semasa si Wan berhenti di persimpangan lampu isyarat. Dia terpandang seorang gadis jelita secantik Siti Nurhaliza yang sedang duduk di bahagian tepi bas. Kebetulan si gadis itu terpandang sama dan senyum. Sempat si Wan angkat penutup topi keledar dan membalas senyuman berlesung pipitnya. Bas itu berlalu ambil jalan lain.

Manakala ketika itu si Han sedang membuat persembahan multimedia projek terbarunya iaitu kertas kerja cadangan imej baru Syarikat Multi Raya Sdn. Bhd itu. Semua hadirin terpegun dengan animasi canggih yang dipaparkan termasuk Syafika juga.

Wan sudah sampai di pejabat abangnya dan mendapati abangnya belum memasuki pejabat kerana belum habis bermesyuarat, begitulah kata setiausahanya Cik Ida Rahayu. Wan membuat keputusan untuk menunggu abangnya habis bermesyuarat. Maka dia memasuki bilik pejabat abangnya. Oleh kerana dia tidak mempunyai apa-apa aktiviti, Wan mengambil pensil dan kertas A4 dan melakarkan watak kartun kebiasaannya, semasa melukiskan watak perempuan kartun itu imaginasi Wan melayang teringatkan wajah Salina yang telah menjadi bekas kekasihnya.

Manakala ketika itu abangnya masih berada di bilik mesyuarat, dia kini sibuk melayan pertanyaan-pertanyaan. Si Syafika hanya melihat dengan penuh minat. Si Wan pula sedang terlelap siang hari. Dia termimpikan Lina bekas kekasihnya yang berwajah muram sedih dan kemudian hilang berganti dengan si gadis manis yang dia terjumpa di jalanan tadi. Gadis itu memberikan senyuman manis yang tidak boleh dilupakan oleh si Wan. Dalam mimpi siang itu, belum sempat Wan hendak berke
semua kawan sekolah si Wan dan kawan perempuan si Salina. Jam antik di ruang tamu rumah itu menunjukkan 1.30 p.m. Dan motor besar itu sampailah di kawasan parkir di perumahan mewah itu. Setelah mereka turun, si Wan membukakan jaket kulit dan memeranjatkan Siti kerana si Wan memakai t-shirt kuning sama warna dengan bajunya. Kedua mereka saling tersenyum kerana macam dah berjanji. Wan membawakan kotak hadiah.
Kedua mereka muncullah di majlis itu. Kebetulan ketika si Wan sampai dengan ‘aweknya’ itu, kawan-kawan lelakinya semua nampak terpegun dengan kecantikan Siti Nur Ain. Dan rakan-rakan Salina yang nampak mulalah mengumpat tu. Kedua pasangan itu tiba di resepsi majlis. Wan memberikan kotak hadiah itu kepada Siti untuk serahkan kepada resepsi yang kebetulan dijaga oleh Suriani kawan baik Salina. Sempat juga Suriani menyindir, “Hai cepatnya berganti nampak, Wan.” Wan cuma senyum dengan muka merah padam.
Kemudian keduanya makan di kanopi di laman rumah besar itu. Tetapi yang paling istimewa selepas itu upacara menepung tawar pasangan pengantin. Tanpa disangka semua rakan sekolah Wan mendesaknya untuk melakukannya sebagai mewakili kawan sekolah Salina. Maka terpaksalah Wan terima tugas itu bersama dengan Siti Nur Ain.
Semasa menepung tawar, Wan dapat saksikan si Salina tersenyum aje. Wan cuma dapat ucapkan, “Tahniah, Lina.”
Manakala si pengantin lelaki asyik menjeling kepada Siti. “Saya dah berpunya tau.” Kata Siti ringkas.

Masa berlalu, suasana hari dah petang. Motor besar Wan itu berhenti di sebuah perumahan flat. Siti turun dari motor.
“Thanks a lot kerana jemput Siti tadi.”
“Saya yang sebenar yang patut ucap terima kasih kerana awak sudi temankan saya ke majlis tadi.”
“Tak apa, saya tak kisah….”
“Bye.” Motor itu berlalu pergi dan Siti memerhatikan dengan penuh setia.
Si Wan kemudian pergi ke sebuah taman untuk menenangkan fikiran dan perasaannya yang betul-betul tidak puas hati dengan sikap abangnya itu. Dia sememangnya bengang seamat diatas kejadian tadi. Si Wan berada di situ sehinggalah lewat senja barulah dia berlalu.
Wan sampai di rumah dengan dua biji helmet, telefon bimbit abangnya dan surat-surat macam biasanya. Di ruang tamu, dia dapati abangnya sedang syok main video-game dah masuk level 5.
Han buat tak tahu aje… Wan pula yang nampak kemarahan. Han buat-buat hairan apabila melihat si Wan membawa tambahan satu biji topi keledar itu. “Eh… sejak bila pulak kamu ada awek baru?”
Wan hanya terdiam, dia dengan bengang duduk di kerusi sofa.
Wan kemudian meletakkan surat dan telefon bimbit itu ke atas meja tamu. Si Han buat selamba tanya, “Eh itu phone abang, kamu ada pergi office abang jumpa dengan Siti ke?”
“Abang… Wan nak cakap sesuatu dengan abang… “ Sambil si Wan menutup remote TV.
“Alamak!.. abang lupalah janji kita nak pergi kenduri Salina tu... ada hal penting dengan client syarikat tadi. Sorrylah brother.”

end hanwan 07

Han & Wan 08

“Bukan itu Wan nak cakap… itu dah tak penting lagi. Tetapi apa yang paling kejam abang lakukan hari ini ialah abang sanggup tinggalkan Siti Nur Ain seorang diri macam tu aje.”
“Alah tu perkara kecik aje… abang kan ada urusan penting… rilekslah brother.” Kata Han selambanya membuka remote TV dan menyambung main game semula.
“Apa abang cakap? Perkara tu kecil aje… memang abang ni dah jadi orang yang hanya pentingkan diri abang sendiri. Abang memang tidak ada rasa ambil berat walau kepada kekasih abang sendiri… dulu abang ada akak Fika, abang tinggalkan dia.. kini giliran Siti Nur Ain tu pulak..” Marah si Wan

“Eh… Wan, itu hak abang… kehidupan abang. Kamu tidak ada hak untuk masuk campur.” Sengaja si Han cakap macam tu kerana sengaja nak duga adiknya.
“Memang itu bukan urusan Wan untuk campur-tangan… tetapi sebelum ini telah banyak mengabaikan orang lain seperti famili kita yang masih ada di kampung. Abang tahu tak, Mak Ngah dan Pak Long teramat rindu nak jumpa abang. Bagaimana pula sepupu-sepupu kita yang sambung belajar di U, abang ada tolong bantu tak?” Kata Wan mulai membangkitkan hal famili di kampung.

Wan melepaskan apa yang terbuku di hatinya. Dia ke balkoni rumah. Suasana di luar sana gelap-gelita dan langit mendung nak hujan dengan guruh berdentam-dentum. Han memberhentikan gamenya kerana tahu si Wan teramat serius. Han pergi menghampiri dan memujuk.
“Wan… kamu tidak tahu apa yang ada di hati bang ni… abang lakukan segala ni demi untuk maruah keluarga kita… untuk kamu… kamu tidak tahu betapa sayangnya abang kepada kamu..”
“Kalau abang sayangkan Wan, kenapa abang sudah melupakan famili kita yang masih ada tu? Wan bukannya budak kecil lagi… untuk abang ajak bermain. Wan sudah dewasa kini. Abang cuma perlukan Wan kerana abang mahukan teman sahaja. Kerana Wan… ibu meninggal… hidup ayah menderita kerana kematian ibu sehingga ke akhir hayatnya. Semuanya salah Wan.. Wan rasa tidak berhak hidup di atas dunia ini.”
“Tidak perlu kamu menyalahkan diri kamu, Wan. Kamu tidak tahu tentang segalanya. Ibu meninggal tetapi dirinya tetap hidup dalam diri kamu. Semuanya sebenar salah abang… abang yang bersalah.”

Wan memandang kosong kepada abangnya itu dia tidak memahami apa yang dimaksudkan oleh si Han. “Kematian ibu dan ayah semua disebabkan oleh abang,… semuanya kerana abang mahukan seorang adik. Abanglah yang mendesak ibu…”
“Adik?… Apa yang abang istilahkan adik itu… adakah sebagai teman untuk bermain di masa kecil atau sebagai teman abang…” Wan tidak sanggup meneruskan ayat itu.
“Kamu sahajalah yang abang ada sekarang… abang sudah berikan segalanya kepada kamu. Abang dah cuba sedaya mungkin…”
“Abang tidak perlu cakap semua itu. Selama ini abang Han adalah hero dalam hidup Wan. Tetapi Wan silap…” Sambil Wan mengambil topi keledarnya lalu keluar dari rumah.
“Wan… jangan pergi…”Kata Han sudah terlambat kerana pintu sudah dihempaskan. “Jangan tinggalkan abang… hari hujan di luar sana.” Kata keluhan hati si Han.

Han tidak sedikitpun menyangka langkah dia membiarkan Siti di hentian teksi tadi memberikan kesan besar melihatkan kehidupan mereka. Satu-satunya adiknya sudah pun menganggap Han sudah tidak memperdulikan keluarga mereka di kampung. Sebenarnya tanpa diketahui oleh si Wan, Han telah berjanji dengan ibu dan bapa saudaranya bahawa selagi dia tidak dapat menebus kembali harta pusaka peninggalan ayahnya, Han tidak akan berhenti berusaha bekerja keras bagi mencapai hasratnya itu termasuklah hanya pulang ke kampung di ketika raya sahaja.

Manakala di jalanraya itu, Wan laju dengan motornya. Pada ketika yang sama beberapa buah kereta sedang berlumba haram di hari hujan itu. Dengan tiba-tiba ada kereta memintas menyebabkan Wan cuba mengelakkan menyebabkan motornya terbabas lalu dia jatuh.

Masa berlalu, di apartmen itu si Han keresahan menunggu. Jam dinding menunjukkan 11.45 p.m. Si Wan tidak balik-balik, entah ke mana. Di luar sudah berhenti hujan. Han berasa begitu bersalah kerana melukakan hati adiknya itu. Walaupun dia menonton Astro Ria filem komedi, tidak sedikitpun menghiburkannya. Mata si Han tidak lekang melihat telefon.

Tak semena telefon bimbitnya yang berdetik, “Hello, kamu ke Wan?”
“Maaf encik… saya ni telefon dari Hospital KL… kami telah menerima seorang mangsa kemalangan yang bernama Kamal Irwan.”
“Apa? Itu adik saya… bagaimana dengan keadaannya.”
“Kecederaannya ringan sahaja tapi masih tidak sedarkan diri…”
“Wan…” Mengeluh si Han.

Keesokkan paginya, Wan masih lagi ketiduran di bilik wad persendirian itu. Kepalanya berbalut tebal kerana luka, satu tangan kanannya berbalut disimen kerana patah dan kaki kirinya juga disimenkan. Di dagunya terdapat calaran. Seorang gadis cantik berdiri sebelah kiri berhampirannya dan membawakan satu jambak besar bunga ros kuning. Si gadis itu mengerak-gerakkan tangan kiri si Wan yang tidak terjejas oleh kemalangan. “Wan, Wan, Wan…”
Wan tersedar perlahan-lahan. Pandangannya kabur semakin jelas perlahan-lahan dapat menatap wajah si gadis itu… Wan masih tidak pasti siapa yang berdiri dekat dengannnya itu. Wajah si gadis berseri disinari cahaya pagi terpancar dari jendela sisi itu.

“Wan, ini Siti ni… syukurlah awak dah sedar sekarang… eh sejuknya tangan awak?” Siti memegang tangan kiri Wan seketika. Tapi Wan keseganan lalu menarik tangan ke tempat lain. Siti mengerti…
“Cik Siti, mana abang Han?”
“Han ada di luar… tapi terlebih dahulu saya mewakili bagi pihak dia… nak minta maaf dengan awak di atas peristiwa semalam. Siti harap awak dapat maafkan dia…” Siti pula memujuk.

Siti kemudian beralih ke sisi dan dengan jelas si Wan dapat lihat abangnya berada di muka pintu masuk. Abang senyum dan Wan pun senyum juga. Manakala Siti Nur Ain pergi ke locker untuk mengambilkan bekas bunga dan meletakkan jambangan itu.

Si Han menghampiri ke sisi Wan. “Bagaimana dengan adik abang?” Sambil Han duduk di kerusi tepi.
“Bolehlah…” Jawab Wan.
“Abang tengok keadaan kamu ni… lebih teruk dari masa kamu bersunat dulu.” Han cuba buat lawak. Wan tersenyum paksa.
“Abang ni jangan buat kelakarlah. Sakit rahang ni nak senyum.”
“Kenapa, tidak boleh ke?” Kata Han terus mengusik Wan… tapi kali ini Wan hanya diam pandang kepada abangnya. Sambil itu, si Han mengusap-usap tangan kiri si Wan.

“Abang Han, pasal semalam kan… Wan tidak sepatutnya menegur abang pasal hak abang…”
“Ssyyy.. tak payah kamu sebut lagi… Cuma abang Han mahu kamu ingat satu… abang sayang kamu. Walau apa yang terjadi… abang tetap jadi hero kamu.” Sambil Han mencium pipi si Wan. Wan macam tidak mahu dan memaling ke lain.
“Eh abang ni… Wan dah besarlah. Malulah orang tengok…”
“Salah ke abang nak manjakan kamu.”
“Wan ni bukan budak kecik lagi… tak macholah kena peluk, kena cium.”
“Tak apa.. nanti kamu lepas baik injured ni… kita lawan karate pulak.” Maka kedua mereka ketawa bersama.

Manakala Siti dapat melihat kedua adik-beradik itu berbaik semula dari ambang pintu wad itu. Mereka kelihatan begitu mesra dan rapat akrab.


Enam bulan telah berlalu, Wan sudah masuk belajar di universiti dan telah berhenti dari kerja sepenuh masa di majalah komik, cuma masih menjadi sambilan seperti sebelum ini. Sejak kemalangan itu, si Wan tidak menggunakan motornya lagi walaupun kedudukan kolej kediamannya jauh dari tempat akademik. Di waktu malam itu, si Wan menelefon abangnya dengan menggunakan telefon awam yang terletak dekat dengan pejabat kolejnya. Pada ketika itu, si Han berada di rumah sedang sibuk dengan tugasan kerja menggunakan komputer notebooknya di meja studi di biliknya.

“Hello, abang. Ini Wan yang telefon ni.”
“Haa… kenapa?… nak mintak duit lagi ke?” Tanya si Han.
“Tak adalah… duit elaun tu masih ada… Cuma Wan rindukan abang.”
“Betul ke rindu kat abang… atau rindu kemaruk nak pakai motor kamu tu…”
“Betul… Wan rindu sebab dah 2 bulan tak jumpa abang.”
“Abang pun begitu… tukang picit abang bila nak balik rumah?”
“Banyak tugasan lagi, latihan ragbi tak habis-habis lagi… emm, sebut pasal motor tu… abang jualkan aje… Wan rasa Wan tak mahu pakai motor lagilah… rasa dah serik.”

“Wan… bagaimana kamu nak belajar kat sana, kolej kesembilan tu jauh… takkan selamanya tak pakai motor sendiri. Kalau ada keretapi komuter tak apa jugak.”
“Eh abang ke situ pulak.. Wan okay jer, habis teruk tumpang kawan sekelas saja.”

“Tapi bagaimana kalau hari hujan dengan penyakit kamu tu, abang tak sanggup nak tengok kamu jatuh sakit.” Kata risau si Han.
“Abang jangan bimbang… tahulah Wan jaga diri.”
“Wan, abang ada satu soala cepu mas ni…dekat UniPutra tu ada banyak kancil tak?” Soalan Han itu membuat Wan kehairanan.
“Apa kancil? Kancil, rusa tu adalah kat Taman Biopark dekat Fakulti Food Tech Biotech.” Jawab lurus bendul si Wan.

Dalam pada itu terdapat tidak orang student lelaki lembut sedang berborak berada dekat dengan telefon itu. Seorang sederhana, seorang tinggi lampai dan seorang berbadan kecil sahaja. Mereka itu adalah si Ras, Dayang dan Seri.
Seri, “Ras, telefonlah si Hisyam tu…”
Dayang, “Cepatlah Ras… nanti terlepas kau nak tengok wayang tu.”
Ras, “Kan aku dah kata, aku tak nak…”
Dayang, “Eh Ras, kau kena cepat… manalah tahu… si Hisyam tu nak studi, dia offkan hand-set dia.” Dalam pada itu si Wan yang sedang menelefon abangnya ternampak akan Ras dan Wan berasa seperti pernah kenal si Ras sebelum ini. Wan tersenyum-senyum sengih kerana dia yakin siapa sebenar si Ras itu.

Manakala jejaka yang sedang telefon itu disedari oleh kawan Ras iaitu si Seri. “Bukankah yang tengah telefon tu… rakan pasukan si Hisyam?”
Si Wan yang bergayut telefon terhenti bercakap lama juga dengan abangnya. Abangnya sergah, “Woih, Wan. Kau tengah buat apa tu… tengok awek ke?”
“Tak adalah… Cuma Wan ada ternampak seseorang yang Wan pernah kenal sebelum ini… hah, apa halnya abang ni?”
“Kamu tidak mahu balik umah ke… sambut hari lahir?”
“Maaflah abang Han… waktu petang hari tu ada perlawanan ragbi inter-kolej.”
“Kamu confirm?”
“Iya…”
“Okaylah… bye.”
“Bye…”

Setelah selesai telefon, Wan kelihatan ragu-ragu yang pernah kenal si Ras. Manakala Seri kawan Ras menegur, “Eh, awak ni Kamal Irwan kan… pemain ragbi jersi nombor 12 kan.” Tanya Seri, si Ras pula nampak segan.
“Ya betul, ada apa perkara penting ke?” Tertanya si Wan.
“Tak ada apa-apalah cik Wan?” Tiba-tiba si Ras mencelah seakan cuba hendak melarikan diri.
“Saya rasa saya macam pernah kenal awak sebelum ni… awak Raz…” Kata spontan si Wan.
“Eh, awak dah kenal Ras sebelum ni…” Hairan Dayang.

“Memanglah… I kan terkenal.” Kata Ras cuba menutup cerita sebenar.
“Kelasnya, kau ni Ras.” Kagum si Dayang.
“Iyalah, iyalah…” Sambil Ras menarik tangan si Wan ke tempat lain jauh dari kedua kawannya itu. Wan ikut aje.

“Betulkan… awak Razman.. yang pernah saya kenal dulu kan?…” Cuba Wan ingati semula, tetapi si Ras tunjuk isyarat ‘ssyy’.
“Saya pasti awak Razman masa kat gimnasium tempoh hari… yang sepupu perempuan awak buat hal tu…” Cuba ingat si Wan.
“Awak betul…”
“Kenapa kamu jadi begini pula?”

“Saya sepatutnya tidak boleh beritahu awak… tetapi memandangkan kita dah kenal sebelum ini… terpaksalah saya beritahu sedikit kepada awak… saya sedang buat undercover satu misi khas.”
“Apa… tak percayalah…” Hairan si Wan.
“Sebenarnya… saya sekarang ini tengah praktikal bahagian perisikan untuk misi menyiasat pergerakan satu sindiket haram menggunakan pelajar U sebagai pekerja seks…”
“Wau.. hebatnya kerja awak, Razman!”

“Heh… syyy.. panggil Ras saja sekarang. Awak boleh tolong tak cover line?”
“Okay.. tak ada masalah.” Pengakuan si Wan.
“Kita kawan ya?”
“Okay… kawan.” Mereka berjabat tangan.

Kemudian mereka pergi semula ke tempat dua kawan Ras itu berada. “Heii… lamanya kau orang berdua…berdua-duaan.”Usik Dayang.
“Alah tak ada apa-apalah…” Kata si Ras dengan menyambung semula perangai lembutnya. Wan kemudian pergi berlalu.

Hari-hari berikutnya, Wan dengan Ras menjadi kawan baik pula. Si Ras tetap menjalankan tanggungjawab seperti pelajar lain walaupun sebenarnya tugas dia adalah mengintip kegiatan sindiket haram yang memperdayakan pelajar U sebagai pekerja seks yang kemudian dilarikan ke luar negara. Sambil-sambil berpura-pura studi atau di sekitar kampus, si Ras mengambil gambar dengan menggunakan kamera digital yang kecil dan pipih beberapa orang pelajar perempuan yang tengah dipikat oleh agen-agen sindiket.

Masa berlalu, petang Sabtu menjelma dimana perlawanan ragbi di antara kolej bermula. Lokasi perlawanan bertempat di Padang Ragbi utama di belakang Kolej 1. Dua pasukan yang berlawan adalah Kolej 9 dan Kolej 1 di mana merupakan dua musuh kuat tradisi. Perlawanan akan berlangsung kurang dari 10 minit lagi.

Para penyokong pasukan kolej dah datang, turut sama adalah awek-awek pemain. Si Ras datang juga dengan kawannya untuk menyokong si Hisyam. Memang sudah diketahui umum yang Ras adalah peminat utama Hisyam, kapten budak ragbi Kolej ke-9. Si Hisyam mengarahkan pasukannya memanaskan badan. Hisyam nampaknya tidak berpuas hati dengan Wan kerana gosip hubungan baik Wan dengan Ras itu. Dia telah salah faham tentang keakraban dua orang itu.

Dalam pada itu, sebuah kereta kancil putih plat WKA 1220 memasuki kawasan kolej kediaman UniPutra itu. Kereta itu terus memasuki kawasan parking kereta Kolej 2 yang berhampiran dengan padang ragbi itu. Kemudian keluar seorang gadis cantik dari kereta itu terus menuju ke tempat kelab penyokong Kolej 9 berada. Masa itu, pasukan ragbi masih warming-up. Pasukan itu membentuk formasi membulat, separuh dari mereka berdepan dengan kelab penyokong manakala sebahagian lagi membelakangi dan Wan berada di bahagian membelakangi.

Dalam pada mereka warming-up itu, budak-budak ragbi itu buat kecoh, “Woiii, ada awek baru yang cun datang sokong pasukan kita lah…” Kata Talib. “Weiii… aku tak pernah pun tengok sebelum ni….” Tambah Alias.
“Ehhh… cun habis ahhh… awek siapa tu?” Kata Rustam turut terpikat dengan kejelitaan.
“Tak pernah tengok pun sebelum ni…” Hairan Khairudin.
“Siapa… siapa?” Tanya hairan Wan yang tidak mengetahui.

Kemudian si gadis misteri tu menjerit sambil melambai, “Wan! Wan!”. Semua mata orang kat situ terkejut seakan tidak percaya. Wan lagilah terperanjat besar apabila kedengaran namanya. Wan tercari-cari akan suara yang pernah dia dengar sebelum ini. Maka ternampaklah si Wan siapa tuan empunya suara. Si dia adalah Siti Nur Ain Ariff itu.

Si Wan hanya boleh melambaikan tangan kerana masih kena buat senaman memanaskan badan secara pasukan. Siti membalas semula dengan lambaian tangan. Dan kemudian dia duduk bersama-sama kelab penyokong macam dah biasa.

Si Wan ketika itu tersenyum seperti sang putera yang kerinduan si puteri. Pada ketika itu, semua orang terperanjat apabila mengetahui siapa sebenarnya si Wan. Daripada pemain ragbi paling low-profile rupanya adalah prince charming. Semua budak perempuan cemburu habis dengan kecantikan Siti yang begitu setia menanti si Wan habis permainan.

Hisyam yang tidak menyenangi si Wan, meminta maaf di waktu tengah-tengah hendak mula berlawan kerana mensalah anggap Wan, “Maaf Wan sebab salah anggap pada kau sebelum ni.”
“Tak pa…Hisyam.”
“Dah lama kau bercinta dengan si dia tu…”
“Tak tahulah….” Kata Wan tidak dapat memberikan sebarang komen tentang apa yang berlaku di luar kawalannya.

Kemudian berlangsunglah perlawanan yang hebat itu. Pasukan kolej Wan menang tetapi dekat akhir pelawanan, Wan teruk kena hempap oleh pasukn lawan. Apabila perlawanan berakhir, semua penonton dan pemain beransur pulang. Si Wan dan Siti berjalan seiringan dengan Wan berjalan tersekat-sekat lambat kerana kesakitan cedera. Mereka menuju ke tempat letak kereta Kolej 2 itu. Dalam perjalanan, mereka berbual…

“Bagaimana Siti boleh tersesat ke sini?”Tanya si Wan
“Apa? Awak bergurau ke?.. Saya pernah menuntut dua tahun di sini tau.” Si Wan terkejut dengan penyataan Siti.
“Maafkan saya.”
“Tak apa.”
“Awak ambik apa dulu?”
“Diploma pengiklanan TV dan media cetak…”

Mereka sudah pun menghampiri kereta kancil putih itu, Siti membukakan pintu belakang sebelah pemandu. Wan duduk di kusyen, “Cantik kereta awak.” Puji Wan sambil mengusap peha kanannya yang kesakitan.

“Eh.. ini sebenarnya… kereta awak punya lah Wan. Abang awak ada cakap nak hantar kereta ni kat sini, maka saya sukarelalah nak bawakkan kereta ni ke sini.” Beritahu Siti mengejutkan Wan.
“Abang tu memang suka menyusahkan awak.” Kata geram si Wan.
“Eh, abang awak baiklah… dia okay, penyayang, romantik dan setia macam awak jugak.” Kata usik Siti cuba membela si Han.
“Tapi, tengoklah dia dah susahkan gadis cantik seperti awak ni… datang hantarkan kereta ni ke sini.”
“Wan…. Dengarlah, saya sukarela buat ni…. Ketahuilah abang awak begitu ambil berat tentang diri awak… dia ada cakap kat saya…”

“Apa abang Han dah cakap?”
“Han cakap… dia cukup kesiankan awak belajar di sini… awak pergi kuliah tanpa transport. Maka dengan kancil ni, bolehlah awak pergi kelas tanpa perlu berbasah bila hari hujan. Awak kan sakit…”
“Abang saya beritahu awak, sakit saya?” Kata Wan bengang dan marah kerana peribadinya disentuh.
“Wan… apa salahnya… tiada siapapun dilahirkan sempurna di dunia ni… masih ada yang sayang pada awak…” Kata Siti spontan.

“Siapa?” Tanya ingin tahu Wan dan kebetulan Vitara abangnya pun sampai di parkir kereta itu. Perbualan mereka terhenti dan jejaka di dalam kereta itu menjerit, “Oh…. Di sini kamu berdua ya…” Seraya Siti terus menghampiri vitara itu untuk pulang. Si Wan berdiri…
“Wan, game tadi macam mana?”
“Kami menang!”
“Kau suka tak kancil tu?” Tanya abangnya serentak Siti melontarkan kunci kancil itu kepada Wan.

Wan hanya mengangguk pendek sahaja. Siti sudah pun masuk ke dalam 4-WD Vitara itu. Kereta itu bertolak tetapi tidak jauh berpatah balik berhenti depan Wan. Siti membukakan pintu kereta, “Siti terlupa nak ucap selamat hari lahir ulang tahun ke-20 kepada awak.”
“Thanx…”Jawab Wan ringkas, Vitara itu berlalu dengan Siti melambaikan tangan. Dalam keheningan senja itu, kereta kancil itu juga bergerak berlalu pergi.


Hari-hari kemudiannya, Wan meneruskan rutin sebagai pelajar IPT, hari-hari pergi kelas. Waktu petang di berlatih ragbi. Dengan adanya kereta kancil itu, maka ramailah budak lelaki berkawan dengan si Wan menjadikannya kian popular. Budak-budak perempuan mula menaruh harapan hendakkan si Wan walau pun ramai dah heboh pasal si gadis cantik yang datang tempoh hari. Tetapi mujurlah, tiada seorang pun perasan yang dia adalah adik kepada model Han Akmal.

Han dan Siti seperti biasa dengan aktiviti syarikat mereka, mereka bersama di pejabat dan di luar pejabat. Siti kagum dengan sikap Han yang begitu baik dan prihatin kepada dirinya kini. Sehinggakan datang kerja dan balik kerja dihantarnya. Mungkin Han cuba menebus kesalahan meninggalkan Siti di hentian teksi tempoh hari. Apa tidaknya, kalau di baca akhbar harian selalu keluar berita gadis dirogol atau dibunuh.

Kini, dua orang kakaknya mengambil kesempatan untuk menumpang naik kereta si Han ketika dia menjemput Siti. Tetapi Han tidak kisah tentang itu. Siti berasa sesuatu yang lain dengan sikap baik Han itu, walau Han begitu rapat dan baik kepada Siti tetapi Siti berasakan si Han hanya bertindak menjaga, melindungi Siti bagaikan seorang abang yang tua dan bukannya sebagai kekasih hati.

Syafika pula amat cemburu apabila terserempak melihat Han dan Siti keluar bersama untuk keluar makan tengah hari. Kemudian di suatu hari petang ketika hujan lebat. Fika dapat menyaksikan kemesraan si Han dengan pekerja barunya di mana Han melindungi Siti dengan baju kotnya ketika mereka bergerak dari bangunan syarikat ke kereta Vitaranya di padang parkir. Betapa romantiknya sikap si Han. Fika akhirnya menangis sendirian sehingga berderai airmatanya bercucuran. Fika kini hanya mampu mengimbas kembali zaman bahagia bersama Han dengan merenung gambar kecil di mejanya. Fika hanya mampu berkata, “Han…. Fika kehilanganmu….”

Fika masih ingat lagi ketika mula-mula kenal Han, dia memang tidak berapa suka pada model lelaki popular itu. Dan Fika selalulah berurusan dengan agensi iklan tempat Han bekerja. Pada mulanya Fika beranggapan Han hanya tahu menjadi model sahaja. Dia tidak suka dengan golongan model lelaki kerana berpendapat golongan itu perasan lawa. Dan suatu hari, Syafika diminta syarikat itu berurusan dengan Han kerana orang lain sudah mempunyai projek penuh. Maka perlahan-lahan mereka kenal. Fika kemudiannya dapat merumuskan yang Han sebenarnya seorang yang bercita-cita tinggi dan kuat bekerja. Jauh berbeza daripada sangkaan Fika sebelum ini.

Manakala si Wan sedang mecari-cari buku rujukan di perpustakaan universiti, si Ras pun ada sama joint. Dalam pada itu, Wan disoal-selidik oleh si Ras, “Eh...Wan, gadis misteri tempoh hari tu… siapa nama?”
“Siti Nur Ain… Hei.. apasal tanya-tanya ni?”
“Saja…hei… kau orang berdua memang padanlah.”
“Apa kaitannya dengan kau, Raz?” Wan agak tidak suka ditanya pasal awek abangnya itu.
“Berapa lama kamu berdua…?” Tanya Ras lagi.
“Baru 6 bulan.” Jawab si Wan melamun teringatkan seseorang.
“Ooo 6 bulan bertunang ya…Wau…kedengaran macam kisah cinta yang agung gitu…aku tahu sekarang kau tengah merindu si dia tu kan… biasalah kalau orang dah ada ikatan.”
“Sudahlah Raz. Dia tu, aku punya….” Jelas si Wan tak sempat habis kerana Ras pergi segera kerana ternampak agen sindiket yang dia siasat.
“Dia tu, aku punya abang punya awek…” Kata Wan sendirian.

Sejak hari itu, tersebarlah cerita yang Wan telah bertunang. Geram betul si Wan bila semua orang yang dia kenal tanya dia bila nak kahwin. Wan tahu perkhabaran itu datangnya dari mulut Ras. Sejak hari itu, kalau ada perlawanan ragbi, kawan-kawan banyak tanya, awek si Wan datang tak sokong Wan.

Wan pergi mencari Ras, “Kau tahu Raz, apa yang kau dah cakap kepada orang lain?”
“Entahlah… bukan aku yang bersalah… biasalah bila sampai di telinga orang… lain pula bunyinya…”
“Hari tu aku cakap 6 bulan tu bukan aku bertunang tapi aku baru kenal dia lah, dia tu aku punya abang punya awek tau…”
“Eh… salahlah… apa yang aku cakap pada kawan aku?” Kata si Ras, rahsia terbongkar. Wan tension betul.
“Kau tau Raz, kalau abang aku dengar gosip ni… mati aku kena dikerjakannya.” Kata bengang Wan.
“Eh… kau serius ke ni Wan. Ganas sangat ke abang kau tu?” Tanya hairan si Ras.
“Macam singa kacuk dengan gorilla…” Kata geram si Wan.
“Alahai… lemah semangat aku…” Si Ras pula yang tension.

Hari berlalu, di hujung minggu itu. Si Wan ambil keputusan untuk pulang ke rumah sekejap kerana sudah lama tidak bertemu dengan abangya itu. Bila sampai di rumah, kebetulan abangnya bersiap untuk keluar. “Eh, Wan… balik pun kamu…”
“Abang nak ke mana tu?” Tanya hairan si Wan.
“Abang nak keluar dengan Siti..” Jawab selamba si Han.
“Ohhh…” Seolah Wan mengerti ayat itu.
“Heeii… kamu tak nak ikut sama?” Ajak abangnya.
“Ehh… tak naklah, kacau abang je…” Wan menolak.

“Kamu mesti kena ikut sama… boleh juga kamu kenal dengan bakal famili kamu tu…”
“Apa? Maksud abang famili,Siti?” Tanya si Wan suspense dengan kata Han tadi.

Masa berlalu, dalam kereta Vitara terdapat kedua-dua adik-beradik itu.Wan terpaksa pergi jua kerana abangnya ada menyebut bertemu dengan famili sebelah Siti. Wan terpaksa menjaga hati abangnya. Kereta itu sampailah di hentian bas berhampiran perumahan flat rumah Siti itu.

Kelihatan Siti sedang menanti bersama dengan seorang wanita berusia 40an yang ada membawa anak kecil masih bayi lingkungan setahun. Wanita itu adalah Mak Usu Siti yang datang dari Melaka.

Vitara itu pun berhenti, Wan lantas turun dari kereta untuk pindah duduk di kerusi belakang… tentunya untuk memberi lalu tempat duduk kepada bakal kakak iparnya itu. Ibu saudara Siti juga masuk. Dan ketika Wan bersalaman dengan ibu saudaranya, Siti bertentangan mata dengan si Wan.

end hanwan 08

Hanwansiti Bab 9,10,11end

Bab Han&Wan09

Masa berlalu, dalam Vitara itu. Suasana agak tenang kecuali si kecil mula merengek. Si Wan yang duduk di sebelah Mak Usu Siti itu hanya membisu senyum sahaja tanpa berkata apa-apa seperti mana biasanya. Ibu saudara Siti memecahkan kebisuan. “Siti Nur Ain, Mak Usu nak tanya kau. Yang mana satu si Kamal Izhan dan mana si Kamal…”
“Sayalah… Kamal Izhan…”Kata Han memperkenalkan diri.

“Oh… dan inilah pula si Kamal Redzuan… yang duduk sebelah Mak Su ni.” Kata wanita itu lagi.
“Irwan… makcik.” Kata Wan cuba memperbetulkan.

Suasana terdiam lagi, masih dalam perjalanan. Siti pun tanya kepada ibu saudaranya, “Mak Usu nak shopping kat mana?” Tanya Siti sambil pandang belakang ke arah ibu saudaranya. Han di sebelah khusyuk memandu.

“Entahlah.. Manalah Mak Su tahu sangat KL ni. Kalau dekat Melaka tu.. Mahkota Parade biasalah Mak Su.”
“Okay… kalau macam tu.. kita cuba ke Pernas Sogo.” Kata Han.
“Bagus juga Han… tempat tu banyak pilihan.” Kata sokong Siti menyokong Han. Wan hanya jadi pemerhati sahaja.
“Ikut suka engkau oranglah…” Kata makcik Siti itu.

Masih dalam perjalanan, tiba-tiba si bayi kecil yang masih dipangku oleh Mak Usu Siti menangis merengek, sudah tidak tahu ibu saudara Siti hendak pujuk. Si Wan mencuba buat senyum-senyum kelakar untuk memujuk si kecil sambil sebut, “Baby… baby…” Bersama riak wajah dan tangan buat tanduk rusa. Memang bakatnya menghibur itu menjadi, maka ketawa pula si kecil itu.

Siti pandang belakang, dia masih teringatkan pernah sebelum ini si Han buat kelakar macam tu masa beli sayur untuk projek masak tempoh hari dulu. “Han… awak ingat tak... awak pernah buat lawak macam tu dengan sayur itu hari.”
“Mahu Han buat lagi…”
“Heeii... malulah Siti…” Guru senda gurau Siti dan Han membuatkan si Wan terhenti dari buat lawaknya dan si kecil lantas merengek lagi…

“Kenapalah si Fadli ni buat perangai pulak…” Rintih Mak Usu Siti.
“Dia nak Wan hiburkan kut…” Kata Han mencadangkan.
“Hah si Redzuan! Kamu pangkulah nak Mak Su ni… nampaknya dia suka benar dengan kamu…”
“Mak Su…yang belakang, Irwan… bukan Redzuanlah!” Siti cuba memperbetulkan salah faham ibu saudaranya.

“Tak payahlah makcik… saya tidak berapa pandai sangat layan baby kecik…” Kata Wan cuba mengelak.
“Cubalah…” Kata Mak Usu.
“Aha… cubalah Wan… manalah tahu awak boleh menjadi bakal ayah yang baik…” Kata pujuk Siti spontan. Wan terasa semacam aje dengar macam tu, biasanya awek sendiri akan kata macam tu…. Bukannya bakal kakak ipar pulak...

“Bagaimana kalau makcik bagi adik ni kepada Siti… dia kan perempuan…” Cadangan si Wan.
“Apa? Bagi kat Siti… adik kecik tak suka dengan Sitilah… terus terang Siti cakap…” Siti spontan mengakui.
“Betul tu… kamu tahu semalam.. adalah Mak Su tinggalkan kejap si Fadli dengan Siti kerana nak pergi ke kedai bawah flat tu, menangisnya dia memanjang-manjang… entah apa ilmu anak dara ni pakai tak tahu…” Kata tambah ibu saudara Siti mengusik Siti.

“Okaylah…saya cuba.” Akhirnya Wan mengalah. Seberapa ketika si kecil berada di pangkuan si Wan maka terhentilah dia daripada merengek itu. Apabila memangku baby kecik itu, Wan dapat rasakan satu naluri semulajadi. Wan teringatkan ayahnya masa dia kecil bukan main sayang kat dia. Dalam keasyikkan si Wan melayan baby kecik itu, Siti mencuri pandangan.

Mak Usu Siti mencelah, “Tengok serasi betul si Fadli dengan kamu… kata orang tua… kalau budak kecik macam Fadli ni serasi dengan orang bujang, alamak dia akan kawin cepat!...” Usik Mak Usu Siti menyebabkan si Wan merah padam dan ditertawakan.
“Dengar tu Wan… mungkin kamu akan kawin lebih dahulu daipada abang ni.” Kata usik abangnya yang Wan rasakan tidak akan menjadi kenyataan di waktu terdekat ini.

Masa berlalu, mereka semua sudah berada di perkarangan foyer kompleks Sogo itu. Si Wan masih mendukung baby. Han bertanya kepada Mak Usu, “Okay makcik… apa barang makcik nak cari ni…sebenarnya?”

“Itulah kan… barang-barang berkain untuk persiapan pengantin… langsir bilik pengantin… kain hias pelamin… apa-apa yang sesuailah…” Ayat jawapan Mak Usu Siti memeranjatkan Wan.
“Apa… pelamin kawin… siapa nak kawin?” Tanya kejut Wan di hatinya mengesyaki abangnya dan Siti Nur Ain itu, terkedu hati si Wan kerana sampai hati abangnya merahsiakan hal itu.
“Kakak saya yang paling tua...” Kata Siti menamatkan rasa suspense di hati Wan itu.

“Kalau macam tu, makcik…elok kita pergi ke Kamdar dan lain-lainnya di Jalan Tunku Abdul Rahman di depan sana.”Cadang si Han.
“Okay jumm…” Kata si Wan ikut je… secara automatik dia pula jadi penjaga baby pula.
“Eh… abang rasa elok kau orang berdua menjaga baby jalan-jalan kat di sini aje. Biar Han bawa makcik ke sana.” Kata Han memberi cadangan.
“Betul juga kata abang kamu ni… si Fadli ni tidak boleh sangat berjalan dekat dengan orang ramai dan tempat panas… suka benar dia menangis.” Kata Mak Usu Siti menyokong cadangan.
“Habis… Siti nak tolong Mak Su pilih kain jugak…”
“Tak payah kamu Ain… kakak kamu tu mahu semua purple, kan Mak Su ni tukang jahit paling terror di Kampung Teluk Rambai.” Kata makcik Siti mendukacitakan Siti.

Maka sepasang teruna-dara itu ditinggalkan bersama si kecil itu. Wan masih mendukung si kecil dengan pengalasnya sekali. Siti mahu mengambil giliran mendukung si kecil itu, “Wan, boleh awak berikan baby kepada saya.”
“Okay….” Wan tidak menolak lalu memberikan kepada Siti pula. Dalam pada itu beberapa makcik-makcik yang lalu-lalang memuji si baby itu comel. Semua orang ingat si Wan dan Siti merupakan pasangan muda yang ada anak kecil. Tetapi tidak berapa lama di tangan Siti, si kecil itu menangis meragam.

“Alah, baby ni menangis pulak…” Kata mengeluh Siti tidak boleh berbuat apa-apa apabila adik sepupunya itu tidak berapa serasi dengannya.
“Tak apalah Siti, biar saya yang pegang.” Kata si Wan, mereka bertukar lagi.
“Menyusahkan awak jer…”

“Tak apalah… mungkin saya ni seorang bakal ayah yang baik…” Kata Wan yang dalam maknanya. Mata Siti memandang tepat kepada Wan. Mereka berjalan lagi…
“Kita nak ke mana ni?” Tanya Siti.
“Mana-manalah, asal dapat bawa baby.” Kata Wan.

Mereka terus melangkah sambil-sambil menghiburkan si kecil. Kemudian mereka membawakan si kecil ke gedung permainan kanak-kanak di tingkat atas. Keasyikkan mereka menunjuk-nunjukkan si baby koleksi anak patung. Akhirnya Siti dan Wan berkongsi duit untuk membeli 3 anak patung besar untuk si Fadli.

Kemudian mereka berjalan dan sampai di satu mesin ambil gambar segera ‘Instant Photo Spot’ lalu mereka mencuba bergambar dengan baby dan anak-anak patung sekali. Terdapat 4 salinan foto yang kemudian dibahagikan diantara mereka, Siti ambil tiga dan satu diambil si Wan. Pasangan itu bergerak ke KFC berhampiran setelah penat membawa berjalan si kecil itu.

Malang tidak berbau, ketika sedang mereka makan di situ. Kawan-kawan pasukan ragbi sekolej dengan Wan ada berjalan beramai ke tempat itu juga. Si Wan sudah nampak mereka dari jauh jadi serba-salah, terkantul si Wan. Nanti banyaklah gosip keluar nanti. Siti menyedari lalu bertanya, “Kenapa ni, Wan?”

“Depan tu.. kawan satu U saya…” Unjuk Wan. Kawan-kawan sepasukan si Wan menghampiri.
“Saya takut susahkan awak pula…” Kata si Wan.
“Tak pa… awak jangan bimbangkan saya.” Kata tenang Siti.

Lantas dalam ramai-ramai, si Hisyam bersuara… “Ohhh… di sini ya kamu sembunyi Wan… kata nak balik jumpa abang… rupanya ada temu janji kat sini.”
“Ehh... siapa semua ni Wan?.. macam pernah Siti tengok…” Kata Siti berlakon buat-buat cerita.

“Semuanya ni kawan-kawan ragbi Kolej 9… perkenalkan kapten kita orang… Hisyam Badrulzaman- panggil Bad aje asal Perak, Rustam Affendi- orang Terengganu, Alias Hassan- orang Pahang, Talib Mat- orang Penang, Khairuddin Jomoi- orang Melaka dan akhir sekali Saiful Baharin- orang Setapak jer. Ni baru separuh aje…” Perkenal panjang si Wan.
“Siapa punya si kecil ni? Tak tahu pula kamu dah kawin Wan?” Tanya usik Saiful.
“Ini anak saudara saya.”Kata Siti mempertahankan Wan.
“Aduhai… anak saudara awek pun sanggup jaga sama-sama.” Kata sindir Talib.

“Please guys…cukuplah. Boleh tak kami berdua privacy di sini.” Kata Wan dengan macho meminta rakannya tidak menganggu. Siti jeling-jeling mata sahaja pandang kepada Wan bila Wan sebut itu.
“Okay, kami akan pergi.. tapi kau jangan lupa pulak balik kolej petang esok, kita masih ada training esok.” Kata ingat si Hisyam.
“Tinggal dulu... aduhai pasangan yang bercinta.” Usik Talib dan Saiful. Mereka pun berlalu pergi…

Wan dan Siti masih di restoran makan segera itu… mereka sudah menghabiskan hidangan mereka dan si kecil pula terlena tidur di pangkuan si Wan. Mereka keluar dari restoran itu. Dalam pada itu muncul si Han dengan ibu saudara Siti itu di kawasan berhampiran. Kelihatan si Han terpaksa memegang beberapa beg plastik besar berisi dengan barang tekstil itu. Wan dan Siti menghampiri. Melihatkan barang-barang yang banyak itu, sudah menjadi tanggungjawab di pihak lelaki untuk si Wan menolong abangnya. Maka Wan memberikan si kecil kepada Siti yang sedang lena tidur. Kini Siti pula yang membawa baby. Si Wan pun mengambilkan sedikit barangan yang dipegang oleh abangnya dan dia membawakan 3 anak patung hadiah itu.

Mak Usu Siti pula membebel pasal si Siti dan Wan yang sanggup membelikan hadiah anak patung untuk si kecil itu. “Kamu berdualah... apesal sangatlah dimanjakan sangat si Fadli ni… dengan membelikan anak-anak patung ni… Nasib ni kamu belum kawin lagi… kalau dah kawin nanti… kan satu rumah penuh anak patung.” Si Wan dan Siti saling berpandangan di antara mereka kerana tersipu-sipu malu terkena leteran.

Ketika balik tu, dalam vitara Han itu. Kali ini Wan dan Siti sama-sama duduk di belakang dengan Siti yang memangku si kecil masih kelenaan. Manakala Izhan dan Mak Usu Siti rancak berbual mesra tentang kunjungan membeli-belah mereka tadi. Siti asyik perhatikan si baby tengah tidur itu… dan kemudian matanya mencuri memandang orang sebelahnya. Ternyata yang di sebelahnya juga memandang Siti juga dikala itu…


Masa berlalu… Wan berada di kolejnya. Dia dan rakan-rakannya sedang tekun menghadapi tempoh peperiksaan akhir semester. Di petang-petang hari, mereka lepas tension training ragbi walaupun perlawanan pusingan Piala Kolej sudah tamat.
Dan akhirnya tibalah cuti semester yang panjang, Wan pun balik rumah dan tidak ke mana-mana. Dia hanya tahu rutin tidur dan melukis kartun-kartunnya yang belum siap. Wan tidak sesekali pergi ke pejabat abangnya kerana tidak mahu bertemu dengan Siti. Wan tidak mahu menjadi batu penghalang di antara abangnya dan Siti, lagipun Siti dah jadi semacam ketika insiden di Sogo dan majlis kenduri Salina tempoh hari.

Hari-hari terus berlalu begitu menyeksakan hati isi Wan… hatinya seakan merasai bahang kepanasan rasa cinta kepada teman wanita baru abangnya. Suka tidak suka, si Wan curi-curi melukiskan satu potret wajah Siti Nur Ain itu. Wan meniatkan untuk menjadikannya hadiah istimewa untuk Siti jika dia berikat secara rasmi abang Han suatu hari nanti. Sedang asyik Wan melakarkan potret itu, jam yang sudah 5.00 p.m. dan abangnya tiba-tiba balik awal. Gelabah si Wan fikir nak sembunyikan potret rahsia itu. Akhirnya sempat si Wan sembunyikan potret itu di bawah kerusi sofa dan Wan berpura-pura keasyikan tengok cerita Twister di saluran HBO.

Abangnya yang balik nampak begitu keletihan sekali, seraya dia duduk di kerusi sofa tamu itu, dia melemparkan satu kad besar di atas meja tamu. Han duduk dengan kepenatan dan Dia perasan satu kelainan kepada adiknya… dia tengok perhati jer kepada Wan. Wan rasa hairan. “Kenapa abang Han tengok Wan semacam jer?”
“Pelik betul abang tengok kamu hari ni…. Ke mana perginya teman setia kertas dan pen lakaran kartun kamu tu.” Usik Han.
“Saja… hari ni Wan cuti lukis kartun… kad apa pulak tu?” Tanya ingin tahu si Wan.

Mujurlah dia tidak kantul dengan abangnya dengan lukisan potret wajah Siti itu. Tidak tahulah apa tindakan abangnya jika pecah rahsia tu. Wan buat-buat baca kad yang dibawa pulang oleh si Han itu. “Itu kad jemputan perkahwinan anak perempuan Mr. Albert Tan, kenalan niaga Dato’ Basir tu…”
“Bila tu?” Tanya ringkas si Wan.
“Hari Sabtu depan…” Jawab ringkas Han sambil melelapkan matanya di kerusi sofa.


Masa berlalu, tibalah masanya di majlis rasmi perkahwinan anak perempuan sulung Mr.Albert Tan itu. Beliau merupakan salah seorang jutawan Cina Kristian terkemuka di tanahair. Majlis berlangsung di villa mewah milik keluarga Tan yang terkenal itu siap ada mempunyai dewan tarian ballroom yang besar. Begitu ramai jemputan khas yang berpakaian rasmi hitam putih. Si Wan kelihatan berada di tengah-tengah gerombolan jemputan hanya sendirian. Dia begitu kacak dan kemas dengan pakaian kot sama seperti tetamu lelaki yang lain. Di tangannya memegang gelas berisi air punch oren. Dapat si Wan lihat dari jauh, Mr.Albert dan isterinya sedang menyambut ketibaan Dato’ Basir sekeluarga. Kelihatan juga akak Fikanya yang keseorangan tiada pasangan.

Mr.Albert mengalu-alukan kedatangan Dato’ Basir, “Selamat datang, kawan baik kita- Dato’ Basir.”
“Tahniah atas perkahwinan Jessica, Mr.Albert.” Balas kata Dato’ Basir yang merupakan boss besar di Syarikat Multi Raya Berhad.
“Thank you… thank you… Silalah Dato’ sekeluarga ke sana… anak buah Dato’- Mr.Han Akmal dan little brothernya sudah ada di sana.”
“Ooo… mereka sudah sampai ya… kami pergi sana sekarang.”

Wan dapat lihat dari jauh Dato’ Basir, isterinya, dua anak perempuan remaja dan Syafika sedang datang menghampiri. Kemudian pandangannya beralih kepada Han yang sedang menari berdua dengan Siti Nur di ruang ballroom beramai dengan irama lagu rancak. Namun si Han nampak berhenti bila menyedari boss besarnya datang menghampiri mereka. Han menarik tangan Siti untuk pergi menghampiri ke tempat Dato’ Basir berada dengan familinya.

Dari kejauhan itu, Wan dapat lihat abangnya berjabat tangan mesra dan Han memperkenalkan Siti kepada Dato’ Basir sekeluarga. Fika nampaknya buat biasa aje. Kemudian Wan sedari abangnya memanggilnya dengan isyarat tangan. Maka terpaksalah Wan pergi ke sana.

“Dato’ Basir, ini adik saya…” Perkenalkan si Han.
“Saya Kamal Irwan… saya berbesar hati kerana dapat bertemu dengan Dato’ sekeluarga….” Sambil si Wan bersalam dengan Dato’ Basir dan isterinya.
“Wahh.. adiknya sama kacak dengan abangnya, tak berminat jadi model ke?” Puji Datin Maria, isteri Dato’ Basir.
“Saya masih belajar lagi…” Pengakuan si Wan segan.
“Nanti Wan Akmal… kamu habis graduate, Dato’ ingat boleh ambil kamu sebagai imej korporat baru Syarikat Multi-Raya…” Tambah Dato’ Basir.
“Habis, abang Han saya nak letak mana?” Hairan si Wan.
“Abang kamu boleh jadi tukang pacak lembing jer.. dalam ‘ad’ itu…”
“Sampai hati Dato’, saya kena turun pangkat ke?…” Kata kesian Han. Kesemua mereka tertawa kecuali Syafika tersenyum paksa.

Masa berlalu, si Wan dapat perhatikan dewan tari masih berkumandang dengan muzik lagu klasik. Tersenyum sendiri si Wan bila perhatikan gelagat Dato’ Basir menari bersama isterinya. Walaupun sudah berusia tetapi mereka tetap romantik. Begitu juga Mr.Albert bersama isterinya Puan Angela. Kemudian Wan memandang ke arah pasangan abangnya Han dan Siti.

Dalam pada itu pandangan Siti melihat tepat ke arah Wan menyebabkan Wan mengalih pandangan kepada pasangan pengantin baru yang juga menari sama di tengah ballroom itu.

Wan kemudian pergi ke tempat air punch disediakan untuk menambah semula isian gelasnya. Kebetulan di sana, akak Syafikanya ada sedang juga mengambil air punch buah itu. Wan minta bantuan akaknya ambilkan,
“Kak, satu untuk Wan.”
“Okay…” Sambil si Fika tolong cedukkan air punch.

Kemudian mereka bersama berada di tepian ballroom melihat orang menari. “Bagaimana dengan akak sekarang?” Cuba tanya Wan.
“Well… apa komen kamu tentang akak?” Tanya si Fika dalam kecewa.
“Kakak cantik, masih macam dulu.” Kata puji Wan.
“Cantik? Kakak ni cantik ke?… Tapi kenapa kakak telah gagal untuk menjadi kakak ipar kamu, Wan.” Fika bersedih.
“Akak Fika sudahlah… jumm kita menari bersama.” Ajak Wan.

Fika berasa terharu dengan ajakan si Wan tanpa diduga itu, setelah mereka meletakkan gelas air di meja hidang. Mereka pun turut menari. Rentak-rentak muzik bertukar rancak maka semakin cepat pergerakan tarian mereka. Sambil itu, Fika dan si Wan berbual sambil menari itu. “Wan, kamu ingat tak masa kamu demam teruk dulu yang akak jaga kamu tu?”
“Ya… saya masih ingat.”

“Kamu tahu kan,Wan. Akak tidak pernah ada adik-beradik lelaki… ketika itulah baru dapat akak rasai bagaimana mempunyai seorang adik lelaki untuk dimanja, untuk dijaga…” Akui Fika.
“Wan pun rasa begitu juga… ada seorang kakak… tak adalah asyik-asyik tenung muka abang Han aja…” Wan cuba kelakar.

Syafika tersenyum sedikit. Dalam pada itu pergerakan mereka bertembung dengan pasangan Dato’ Basir, pasangan Mr.Albert dan akhirnya si Han dan Siti. Tanpa disangka, si Han menyatakan hasrat untuk bertukar pasangan tari.
“Wan… jumm tukar pasangan tari?” Cadang si Han.
“Tak payahlah Wan…” Kata Fika seolah merajuk besar.
“Abang Han, akak tak nak….” Si Wan serba-salah.

“Abang ada hal penting nak bincang dengan akak kamu tu…” Kata Han sambil henti menari dengan Siti. Siti tidak kisah dan mengerti bila Han sebut hal penting. Maka itu si Wan pun terpaksa melepaskan Kak Fikanya daripada menari bersama. Maka suka tidak suka, Fika terpaksa terima teman ganti tari iaitu si Han pula.

Manakala, Wan dan Siti terpaksalah menjadi pasangan tari bersama. Sudah terlambat untuk menarik diri kerana mereka berada dalam gerombolan ramai menari sedang membuat formasi rasmi. Mereka hanya diam menari ikut rentak muzik namun kedua pasang mata mereka saling bertentang. Si Wan memulakan perbualan, “Siti, awak nampak pro je menari tarian klasik ni.”
“Alah… awak pun apa kurangnya, Encik Wan Akmal?”

“Awak tak payah nak puji saya… abang telah seminggu ajar saya… tengoklah teruknya step saya ni….” Kata Wan merendah diri aje.
“Awak okay jer saya tengok… tapi awak nampak lebik kacak dan tampan tanpa pakaian biasa awak tu.” Kata puji melebih Siti.
“Terima kasih ajerlah… tapi awak pula bagaimana tahu menari ni?” Tetapi belum sempat Siti nak bercerita, muzik bertukar menjadi perlahan maka terpaksalah mereka menari lebih romantik lagi. Dalam pada itu, dapat si Wan lihat dari jauh. Han dan Fika sedang bermesyuarat kencang sambil menari tu.

Siti menyambung cerita, “Sebenarnya, saya selalu jugalah belajar menari semasa kat kampung dahulu.”
“Apa… kat kampung?” Hairan si Wan.
“Macam ni… kat kampung Siti, pada malam hari kenduri besar. Kami akan menjemput para penari dan pemuzik dari Kampung Portugis untuk mengadakan persembahan. Selepas persembahan kebudayaan mereka, mereka akan mainkan muzik seperti ini, dan pasangan anak muda remaja akan menari bersama. Dari situlah saya belajar…” Dengan mata mereka bertentang tepat dalam alunan lagu romantik itu.
“Wau… tentu hebat semua orang di kampung awak… semuanya tahu menari.” Puji si Wan.
“Terima kasih…” Jawab Siti atas puji Wan itu.

Namun keasyikan mereka tergugat dengan peristiwa Syafika bertengkar dengan Han, lalu si Fika meninggalkan majlis. Wan terkejut, lalu dia berhenti langkah tarinya. “Maafkan saya, Siti.” Lalu Wan berhenti dan meninggalkan Siti. Si Han sempat menegur adiknya, “Wan, kau nak ke mana pulak?”
“Saya nak hantar akak Fika pulang…” Itulah kata tegas Wan.

Si Han tahu si Wan memihak kepada kakak angkatnya itu. Ketika mereka menari bersama tadi, antara lain si Han memberitahu Fika yang si Wan akan mendapat kakak ipar dalam masa terdekat ini. Sebab itulah Fika benggang habis dengan si Han.

Di luar villa besar itu, dapat si Wan temui Fika menangis seorang berdekatan medan parkir itu. Wan menghampiri, “Akak… nak saya temankan?” Kata Wan bersimpati.

“Ya, Wan…” Sambil si Fika peluk rapat si Wan. Wan segan betul apabila kena peluk itu. Tapi terpaksalah dibiarkan kerana mungkin dapat sedikit sebanyak mengurangkan tekanan perasaan sedih di hati Fika itu. Sambil teresak-esak menangis, Fika memberitahu si Wan, “Abang kamu cakap... dia dah nak mengakhiri zaman bujangnya. Dan kamu akan mempunyai kakak ipar dalam masa terdekat ini.”
“Abang tidak patut buat begitu kepada akak!” Marah si Wan.
“Jangan begitu Wan… abang kamu berhak…” Kata sedih akaknya.


Masa berlalu, si Wan sudah memulakan semester barunya di kolej. Tetapi pada minggu ketiga sesi akademik, ketika si Wan bertanya khabar abangnya. Si Han menyuruhnya balik ke rumah pada hari Khamis ini kerana mereka akan menghadiri satu majlis kenduri kahwin di rumah orang tua Siti di Melaka. Mujurlah kelas si Wan pada hari Jumaat dan Khamis boleh diabaikan.

Wan begitu bersungguh untuk menepati janjinya, maka sampailah Wan di rumah apartmen mereka. Betapa kecewanya si Wan apabila mendapati abangnya tidak sedikit pun membuat persiapan untuk bertolak. Sepatutnya mereka bertolak pada hari petang. “Kenapa, abang tidak bersiap pun?” Tanya hairan si Wan.
“Abang tidak boleh pergilah...” Kata umum si Han.
“Apa lagi alasan abang untuk kali ni?” Wan pula yang naik geram dengan sikap abangnya.
“Abang mesti pergi ke Australia untuk mengikuti rombongan perniagaan Mr.Albert dan Dato’ Basir seminggu di sana.” Kata si Han menggunakan nama bossnya itu pula.
“Abang tidak boleh ke... berkorban sedikit untuk kali ini… tak payahlah abang ke Australia tu.”
“Abang tidak boleh lepaskan peluang keemasan ini…” Dalih si Han.

“Wan dah malas nak ungkit tentang sikap abang tu… tapi Wan tidak akan kecewakan Siti Nur Ain!” Wan buat keputusan.
Wan menjadi betul-betul sakit hati dengan ketidaktentuan hati abangnya itu berkasih. Lebih pentingkan agenda diri sendiri daripada menjaga hati makwe sendiri. “Kamulah tolong pergi hantar Siti balik kampung di Melaka tu… ni kunci vitara tu, biar abang yang guna kancil tu…” Sambil si Han mencampakkan aje kunci kereta itu kepada Wan.

“Abang Han, ini adalah kali terakhir Wan bersabar dengan sikap abangnya… Jika abang ulangi lagi sikap ini, abang akan kehilangan adik kesayangan abang ni buat selama-lamanya…” Si Wan memberi amaran keras kepada abangnya. Han cuma terdiam membisu. Lantas si Wan beredar pergi dengan sehelai sepinggang itu. Mungkin si Wan tidak berfikir panjang gara-gara amarahnya teramat dengan perangai bingung abangnya.

Kemudian dapat si Han perhatikan dari balkoni rumahnya akan kereta vitaranya meluncur laju. Wajah selamba si Han bertukar menjadi ceria seamat. Dia jeritkan, “Yess!! Adik aku dah marah!!” Kemudian si Han menelefon seseorang, “Hello Dato’ Basir… ini Han yang telefon ni… bagaimana dengan rancangan Dato’ nak main golf di Pangkor tu dengan Mr.Albert?”…

Si Wan kemudiannya seorang diri berada di satu taman rekreasi tasik untuk menenangkan rasa geramnya itu. Masa berlalu dan kini Wan memandu vitara itu dengan Siti berada di sebelahnya. Siti kelihatan sedih dengan mata merah, teresak-esak menangis dengan linangan airmata. Ternyata hasrat Siti untuk memperkenalkan bossnya-Izhan kepada keluarganya tidak menjadi. Siti berharap agar dapat mendengar penilaian ibunya tentang bakal suaminya. Siti yang begitu beriya-iya nak pulang kampung kini hiba sekali. Wan menyapa… “Saya minta maaf bagi pihak abang saya…”
“Tak apalah… saya mengerti tugas dia…” Kata Siti walau pun dia begitu terluka, dia menyapu air mata lagi.

“Siti, dengan ketiadaan abang Han… saya cuma nak hantarkan awak balik kampung jer… lepas tu saya nak pulang KL.”
“ Eh pulak macam tu… tolonglah stay sampai hari Ahad ni…
“Tapi bukannya… saya yang menjadi bakal…”
“Siti tau... tapi tolonglah Wan jangan hampakan permintaan Siti ni. Sekurang-kurangnya dapatlah keluarga Siti tu kenal dengan Kamal Irwan… kalau tidak dengan Kamal Izhan.” Kata penuh harapan Siti itu. Wan cuma terdiam dan Siti masih kemerahan matanya.

Kenderaan itu sampailah di Bandar Melaka, dan kemudian kelihatan sepasang teruna-dara itu pergi ke kompleks membeli-belah untuk membelikan beberapa helai pakaian untuk dipakai oleh si Wan buat beberapa hari. Semuanya Siti yang pilihkan, Wan ikut aje pendapat si dara itu. Lengkap dibelikan satu beg untuk isi pakaian bagi mengelak tragedi itu diketahui oleh keluarga Siti. Dan mereka menyambung perjalanan ke kampung Siti.

Dalam perjalanan itu, si Wan sekali sekala melihat sebelahnya di mana tekunnya si Siti mengemas-ngemaskan pakaian yang dibeli mereka itu dengan membuang tanda harga dan melipatkannya ke dalam beg, yang semuanya baru di beli. Melihatkan keasyikkan Siti itu, Wan terasa dapat mengubati sedikit hati gundah Siti itu.

Akhirnya, kereta pacuan empat roda itu berhenti di depan keluarga rumah Siti yang terletak berhampiran dengan kawasan pantai. Suasana hampir senja semasa mereka sampai itu. Tapi suasana halaman rumah adalah meriah dengan lampu warna-warni khemah besar sudah dipasang dan anak-anak kecil berlari-larian. Siti dan Wan keluar dari vitara itu lantas dikerumumi sanak-saudaranya yang kecil meraikan kepulangan Siti itu. Kemudian muncul ibu, ayah, adik-adik, kakak- kakak dan abang-abang Siti. Kecut perut si Wan dibuatkan.

“Balik pun kamu, Siti. Kata nak bawa dua orang istimewa kat KL tu… inikah dianya?” Tanya ibunya.
“Ini Kamal Irwan….” Siti cuba perkenalkan tapi dipintas cakap oleh ayahnya. Wan bersalam dengan ibu Siti.
“Habis yang seorang lagi mana?” Tanya ayahnya. Siti dan Wan terpinga-pinga terkelu nak beritahu.

“Maaf pakcik, yang seorang lagi tu adalah abang saya. Dia tak dapat datang kerana ada urusan penting di Australia.”
“Eh, jauhnya pergi… sayang betul tak dapat datang sini…” Kata ibu Siti tidak mengetahui yang tak dapat datang itu adalah si dia calon Siti.
“Jum kita naik ke atas…” Ayah Siti mempelawakan. Kemudian mereka semua di ruang tamu rumah kayu besar itu.

end hanwan 09



Han&Wan10

Di ruang tamu itu, si Wan diperkenalkan oleh Siti akan adik-beradiknya. Siti mempunyai 3 kakak iaitu Siti Norina yang akan berkahwin, Siti Rohani, Siti Zurina dan 2 abang iaitu Ahmad Zainal, Ahmad Farouk serta 2 adik perempuan iaitu Siti Nur Faezah, Siti Zaleha, Siti Asiah dan dua adik lelaki iaitu Ahmad Nordin dan Ahmad Zulkifli. Kagumnya si Wan kerana dapat kenal keluarga Siti yang besar itu. Berbanding dengan keluarganya yang hanya tinggal dua beradik sahaja. Kemudian adik-beradik Siti pun bersurai.

Kemudian Wan diajak Siti pergi ke meja tepi ruang tamu yang mempamerkan gambar-gambar famili Siti yang diletakkan dalam bingkai-bingkai kecil. Turut ada di situ adalah gambar kenangan Wan dan Siti dengan si kecil Fadli di Sogo tempoh hari. “Eh gambar kita itu hari…” Kata Wan terkejut. Siti dan Wan berpandangan kerana merekalah dianggap pasangan bercinta di mata keluarga mereka.

Kemudian muncul Mak Usu Siti dengan anak kecilnya yang sudah boleh berjalan sendiri. Si kecil itu pandai-pandai aje pergi berjalan menuju ke arah Siti dan Wan. Siti memberikan ciuman sayang kepada si kecil. Manakala si Wan merangkul dan mendukung si kecil dan bawa berjalan di sekitar luar rumah. Tersenyum simpul ibu saudara Siti itu apabila melihat kelibat anak teruna dari KL itu. Sempat juga Mak Usu Siti bertanya, “Kau ni Nur Ain… yang mana satu kamu nak pilih… yang ni ke… yang seorang lagi?”
“Entahlah Mak Usu, Nur Ain pun tak tahu….”
“Nur Ain kena buat keputusan… tapi kedua-duanya Mak Usu suka…” Kata ibu saudaranya.

Mujurlah ibu saudara Siti itu sporting aje. Dari kejauhan Siti perhatikan gelagat Wan yang mendukung si kecil dan melayan keletah si Fadli. Kini Wan sahajalah calon di mata Siti sekeluarga. Malamnya, Wan menumpang di bilik abang Siti yang tertua bernama Ahmad Zainal.

Keesokkannya, majlis kenduri pun berlangsung. Wan cuma menjadi pembantu di tempat orang memasak lauk gulai untuk kenduri dan mengangkutkan pinggan-pinggan dan baldi-baldi berisi air ke tempat makcik-makcik membasuh. Manakala Siti pula berada dekat ibu dan kakaknya yang lain menghidangkan lauk ke dalam bekasnya. Siti tersenyum geli hati melihat Wan yang basah pakaiannya gara-gara dalam tugas membantu itu. Wan yang nampak Siti pula memberikan senyuman charming manisnya.

Pada petangnya, ramailah kawan-kawan sekolah perempuan si Siti sampai ke majlis. Maka terpaksalah Siti perkenalkan mereka si dia yang rajin membantu. Kawan-kawan Siti bukan main suka lagi apabila Siti yang merupakan pelajar perempuan paling popular kat sekolah dahulu baru ada si dia istimewa siap balik kampung di bawa jumpa dengan famili lagi.

Menjelang lewat petang, kenduri sudah berakhir. Wan dan Siti berjalan bersama-sama di sepanjang tepian pantai dekat rumah Siti itu. Pantai berangin bersepoi-sepoi. Meliut-liut rambut panjang Siti dibelai angin dan kadang-kala menutupi wajahnya. Si Wan pula berjalan jauh berjarak dari Siti, dia memilih untuk berjalan di bahagian pantai yang lebih rendah tetapi berlumpur. Setelah lama Wan buat begitu, Siti cuba menegur, “Wan sudahlah.. berjalan di tempat yang becak tu…”
“Alah… lumpur je… bukannya kotor… kat kampung saya tak ada pantai… sungai adalah….”
“Wan, awak tak kisah ke…menolong kerja di majlis kenduri tadi… tak adalah glamour sangat.”
“Eh, saya tak kisah… siapalah diri saya ni… saya pun memang suka buat kerja low-profile aje.” Kata merendah diri si Wan.
“Tak apalah kalau macam tu… saya cuma takut awak rasa kecik hati jer…”

Mereka terdiam seketika dan terus berjalan lagi. Wan memecah kesunyian, “Abang Han tidak sepatutnya buat begini kepada awak…”
“Pasti Han mempunyai sebab… jika tidak tentu dia buat kerja low-profile, macam awak juga…” Kata Siti cuba buat lawak. Kedua hanya mampu tersenyum saja.
“Awak tahu… sejak abang saya mula bekerja di bandar, dia memang amat jarang balik kampung kami lagi. Kecualilah ketika menjelang raya tapi tak pernah ketika diwaktu lain… seolah-olah dia berdendam dengan semua famili yang ada di sana. Cuma pernah sekali saja… masa dia menjemput saya untuk tinggal bersama dia di bandar selepas abang Han dapat kerja tetap di Multi Raya.” Cerita panjang si Wan.
“Percayalah Wan… abang awak seorang yang baik…”

“Apa… seorang yang baik? Baik macam mana kalau tidak sudah tidak hiraukan Mak Ngah, Pak Long dan kini pada awak?” Kata Wan penuh perasaan tidak puas hati dengan sikap abangnya itu. Mereka terus berjalan.


Manakala bertempat di KL di Wisma Multi-Raya itu. Si Han bertembung dengan Fika dan Han mengunjukkan sejambak bunga ros putih 24 kuntum. Fika terkejut dan membuat pengertian tersendiri dengan jambakan bunga itu, “Ohh, awak mahu saya surrender ya… ingat, saya belum kalah lagi tau.” Kata Fika dengan kecil hati.
“Saya tak ada cakap pun… Saya nak pujuk awak ni.” Kata Han.
“Lelaki tak guna!” Kata Fika dengan penuh kebencian dan Fika bergegas ke pejabatnya.
“Fika!!!…” Jerit Han cuba memanggil Fika yang sudah remuk hati merajuk.

Fika sudah berada di pejabatnya sedang menangis tersedu-sedan di mejanya. Kelihatan di mejanya hanya tinggal gambar si Wan dan sudah tiada gambar kecil si Han. Kemudian bunyi ketukan tiga kali di pintu namun Fika tidak memperdulikannya langsung. Si Han kemudian masuk tanpa dijemput, “Fika, jangan buat Han macam ni…” Kata si Han merayu simpati cukup menghairankan Fika namun Fika tidak langsung memberikan Han peluang menagih simpati.
“Engkau lagi?…. Keluar! Aku tak mahu tengok muka kau lagi Mr. Han Akmal!!” Jerit halau Fika.
“Syafika… dengar sini… awak kena dengar penjelasan saya dulu…” Cuba pujuk si Han lagi.
“Sudah… sudah… I tidak mahu mendengar apa-apa alasan lagi dari u… kalau u nak kawin dengan staff baru u tu, go a head lah… I tak ada sebarang halangan!”
“Siapa kata saya nak kawin dengan dia??” Tanya pula si Han yang mengejutkan dan mengelirukan si Fika.

“A what?? Berikan seribu sebab mengapa awak berkata macam tu, Mr. Han Akmal?”
“Okay, kalau u nak tahu… sebab-musabab yang terakhir I nak beritahu u adalah… Cik Siti Nur Ain itu bakal menjadi adik ipar I tau.” Kata penjelasan tidak logik si Han. Di pemikiran Fika sepantas kilat mengimbas peristiwa di kedai buku tempoh hari, majlis makan malam, peristiwa di majlis perkahwinan anak Mr. Albert Tan dan juga beberapa adegan romantik si Han bersama Siti Nur Ain di sekitar syarikat Multi-Raya.

“Nonsense….!” Keluh si Fika.
“Dan… yang menjadi bakal kakak ipar si Wan… tentulah awak.” Kata selamba si Han sambil menghulurkan sekali lagi jambangan bunga ros putih itu.


Manakala berlokasi di tepian pantai di negeri Melaka Darul Takzim itu, sepasang teruna-dara yang telah lama berjalan sedang duduk bersama begitu hampir di antara satu sama lain di bawah satu pokok besar yang dah tua. Kedua mereka mendongak perhatikan pokok tua yang batangnya amat besar itu. Siti menjelaskan sedikit cerita tentang pokok itu, “Awak tahu… orang tua kampung Siti kata… pokok ini sudah ada ketika Belanda berperang dengan Portugis dengan bantuan Kerajaan Johor pada pertengahan abad ke-17 dulu.”

“Waauuu… kalau macam tu, dah hampir 4 kurun dia berdiri di sini ya?” Wan duduk begitu dekat dengan Siti.
“Dan ada lagi cerita menarik pasal pokok ni…”
“Apa dia tu?”
“Dekat sini, awak tahu tak dulu suka sangat orang-orang muda berdating kat sini. Masa tu Siti pun masih budak-budak lagi, kalau datang kat sini mesti serempak dengan mereka…”
“Apa yang awak buat kat sini masa tu?”
“Tentulah Siti dengan akak-akak Siti duk buat kerja mengendap mereka… walaupun Siti ni budak perempuan.” Mereka sama-sama tertawa.

Kemudian mereka sama-sama terdiam dan mengalih pandangan ke arah pantai di mana ramai budak-budak lelaki main-main air laut. Budak-budak itu juga merupakan budak-budak kampung Siti yang berseronok selepas menghadiri kenduri di rumah Siti tadi juga. Si Wan mendongak-dongak kembali melihat pokok besar dan tinggi itu disamping Siti memerhatikannya. Siti pergi duduk bersandar di perdu pohon besar itu.

Kemudian si Wan memandang kepada Siti dan dia menggerakkan dirinya duduk lebih hampir kepada Siti. Kini kedua- duanya duduk begitu hampir dan bertentangan. Sambil itu Wan menghulurkan tangan kanannya dan Siti menyambut dengan kedua tangannya berkata, “Siti…”
“Ya, kenapa?” Tidak ada perkataan yang dapat menerangkan perlakuan kedua mereka ketika ini.
“Wan ingat… tak manis kalau Wan terus berada di rumah keluarga Siti lama-lama… terlalu banyak salah faham dan pembohongan yang telah kita lakukan…”
“Awak… janganlah pergi lagi…” Pujuk Siti.

Wan kemudian mengalih pandangan dan melepaskan tangannya dari dipegang oleh Siti. Wan menjarakkan dirinya dari Siti tetapi duduk bersandar juga di pangkal pokok sama seperti Siti. Kedua mereka dapat perhatikan permandangan pantai dan laut nun jauh di hadapan. Mereka terus bercakap, “Siti…rasa-rasanya kita pernah berjumpa sebelum ni… sebelum-sebelum awak jumpa dengan abang Han lagi.”
“Iya ke?”
“Betul… Wan tak tipu.”
“Dekat mana ya? Siti tak perasanlah…”
“Pernah… pernah Wan tengok Siti dan kemudian melukiskan gambar potret awak kat satu kertas…” Cerita si Wan.
“Habis mana bahan bukti tu?”
“Rasa-rasanya dah hilanglah…” Jawab Wan dengan senyum manisnya.
“Awak tipu sayalah ni…” Kata Siti kecewa sambil cubit hidung Wan tanda geram. Mereka tertawa riang bersama.

Kemudian tiba-tiba berlarian 3 orang budak lelaki ke arah Wan dan Siti yang sedang bermesra itu. Wan mengeluh, “Alah, ada pasukan mengendap datang…” Kata lucu Wan bila nampak 3 budak itu.
“Janganlah… time Siti pun kena kacau juga.” Kata gurau Siti bila merujuk tempat rahsia untuk bertemu pasangan teruna-dara sejak zaman-berzaman itu. Namun ketiga budak berlari itu nampak cemas semacam, “Eh… kenapa mereka nampak cemas aje.” Kata Wan.
“Apa yang dah berlaku?” Hairan Siti. Mereka bertiga pun sampai di tempat Wan dan Siti itu.

“Kenapa ni dik?” Tanya Siti kepada budak-budak itu.
“Kak Siti, kak Siti… anak Pak Lang Samad tengah lemas kat depan sana.” Beritahu si budak paling besar berusia 6 tahun sahaja.
“Apa lemas?” Kejut si Siti. Manakala si Wan tidak berleka lagi terus berlari menuju ke tempat bermain air budak-budak itu tadi yang sudah lengang. Terdapat seorang budak gemuk tengah terkapai-kapai kelemasan di tengah laut sana.

Siti bertanya kepada budak-budak itu lagi, “Chat, kenapa boleh jadi macam tu?”
“Tadi budak-budak yang besar berlumba renang pergi ke tengah laut tapi si gemuk tu tak balik-balik. Cuma dapat tengok tangan dia aje terkapai-kapai…” Terang budak itu dengan pelatnya sekali.

Si Wan terus berlari menjunam ke laut tanpa berfikit panjang lagi, nasib baik dia cuma berbaju t-shirt dan berseluar biasa sahaja. Semua budak-budak lain berada di pinggir air menyaksikan kejadian itu. Kelihatan ramai juga orang kampung pergi berlari pergi menengok di tempat kejadian. Tetapi Siti teringatkan sesuatu lalu dia lari pulang ke rumahnya. Bila sampai di rumahnya, keluarganya semua nak pergi ke tempat kejadian juga. Siti pergi mengambilkan dua tuala besar kemudian dia ke tempat itu semula.

Bila sampai di sana, satu kampungnya telah berkumpul untuk melihat si Wan sedang membuat bantuan pernafasan kepada si mangsa yang tidak sedarkan diri. Si mangsa bernasib baik kerana berjaya dipulihkan, budak itu terbatuk-batuk dan bergerak semula. Semua penduduk bertepuk tangan dan mengucapkan tahniah kepada si Wan yang berjaya menyelamatkan. Budak itu kemudian diangkat oleh ayah dan keluarganya untuk dibawa pulang. Semua penduduk mengikut mengiringi meninggalkan sang hero. Tetapi masih ada satu orang yang masih setia iaitu Siti.

Siti menghampiri si Wan dan mengunjukkan kain tuala yang dibawanya. Semasa berdepan itu, dapat Siti perhatikan baju t-shirt yang basah itu menampakkan ketul-ketul otot di dada dan abdomen si Wan. Dan Wan hanya membiarkan Siti memerhatikan.


Masa berlalu, hari sudah senja merah di depan rumah Siti. Wan dan Siti sedang duduk bersama di batang kelapa yang rebah ditebang. Badan dan rambut Wan masih basah lagi dan Wan terbatuk-batuk kecil, Siti nampak cemas aje bila lihat si Wan kebatukan sambil dia setia di sisi tolong menglapkan si Wan yang kebasahan itu. “Kenapa awak nampak gelisah aje?”
“Saya takut sakit awak tu…” Kata Siti yang bimbangkan tentang sakit asma si Wan itu.
“Alah awak tak perlu risaukan… saya cuma alah dengan air hujan jer.. bukannya air laut.” Kata Wan memberikan penjelasan.

“Habis... mengapa awak terbatuk-batuk ni?”
“Saya tak biasa tertelan air laut… masin betullah.” Kata Wan itu membuatkan Siti kelegaan. Dan entah kenapa Siti meletakkan kepalanya bersandar di dada si Wan. Dan si Wan hanya membiarkan… seperti satu pasangan yang berkasih.

Malamnya, satu pesta keraian kampung diadakan di perkarangan rumah Siti itu. Kejadian lemas tadi tidak langsung melunturkan semangat penduduk kampung Siti untuk menghadiri majlis keraian tidak kira dari budak-budak sehinggalah orang-orang tua kampung. Seperti kata Siti dahulu di majlis tari di rumah Mr.Albert dulu. Kumpulan muzik dan tarian dari Perkampungan Portugis mengadakan persembahan kebudayan mereka. Suasana meriah dengan orang ramai. Wan ada bersama Siti, dia berpakaian biasa iaitu jeans dan jaketnya itu. “Betul kata awak dulu… susanana begitu meriah sekali.”
“Inilah keistimewaan tempat kami.” Sambil mereka berdua menyaksikan bersama persembahan tarian portugis itu.

Kemudian anak muda turut menyertai menarikan sama tarian portugis itu menambahkan meriah. Siti mengajak si Wan menari sama, “Jum… kita menari?”
“Saya tak pandailah!”
“Awak boleh ikut saya… jum saya tunjukkan.” Maka Wan ikutlah sama menari dengan Siti. Mereka menari bersama-sama yang lain mengikut rentak tari penari portugis itu.

Masa berlalu, kini majlis menikmati persembahan kumpulan anak tempatan iaitu persembahan berdondang-sayang. Penduduk masih setia menikmati persembahan. Manakala Siti dan Wan sudah berada jauh dari situ namun masih boleh perhatikan dari jauh. Mereka berada di tepian pantai dekat unggun api yang budak-budak pasangkan. Mereka duduk atas batang kelapa tebang bersama memerhatikan nyalaan api marak itu. Manakala budak-budak itu juga berkejaran dan mengelilingi mereka.

Kemudian Wan merenung melihat Siti agak lama juga. Siti baru tersedar akan orang disebelahnya memerhatikannya. “Eh… kenapa awak ni?” Kata malu Siti.
“Awak sungguh cantik sekali…” Puji Wan.
“Awak pun… kacak lawa apa…” Balas Siti dengan senyum.

“Kalaulah Wan bertemu dengan Siti terdahulu daripada abang Han….”
“Eh… sebenarnya salah tu… Siti yang patut cakap… jikalah Siti berjumpa Wan terdahulu daripada….”
“Saya cintakan awak!” Itulah kata Wan meluahkan isi hatinya yang sebenar yang tidak boleh dibendung-bendung lagi.

Siti tergamam terkejut dan dia hanya tahu bersandar di bahu Wan dan menyebut… “Saya juga menyintai awak…” Itulah kata- kata Siti. Wan kemudian memeluk si gadis itu dengan sebelah tangan. Kini perasaan cinta di antara mereka sudah tidak dapat dibendungkan lagi. Pasangan yang berkasih itu tidak sedikitpun terganggu dengan anak-anak kecil berkejaran mengelilingi mereka. Terdapat banyak lagi unggun api yang terbakar berhampiran tempat itu. Sementara itu, orang ramai sedang berhibur dengan dondang sayang.

Esoknya, dengan meminjam motor berkuasa besar si Ahmad Farouk- abang kedua Siti. Kedua teruna-dara itu memulakan ekspedisi berjalan-jalan di sekitar negeri Melaka. Si Wan agak penakut hendak berdepan dengan abang Siti itu yang seperti kaki pukul kat kelab malam – garang dan berbadan besar. Pasangan itu pergi melawat ke Kota Melaka dan Muzium Maritim.

Waktu tengaharinya, mereka pergi makan di medan selera Perkampungan Portugis. Mereka memilih satu gerai yang lengang. Bagaikan seperti sepasang artis bercinta dengan motor besar bagaikan Erra dan Awie dalam Filem Sembilu I dan II. Mereka begitu romantik kerana pertama kali tercetus perasaan cinta dan kasih. Lagak kedua teruna-dara diperhatikan oleh 3 dara pinggitan di sebuah gerai berhampiran iaitu Sheeda, Fikin dan Ramlah.

“Eh tengok tu... macam kenal jer aku dengan budak perempuan tu.” Unjuk Sheeda dengan yakin.
“Ooii.. kau ingat siapa?” Kata Fikin kepada rakannya.

“Tak salah lagi... Siti Nurhaliza lah.” Kata Sheeda sebaik sahaja Siti Nur Ain membuka kaca mata hitamnya.
“Oooiii bukankah si Siti tu bercinta dengan kerabat diraja... siapalah yang berani nak bawak dia ke sana ke sini...” Kata Fikin.
“Kau percaya ke cerita-cerita tu... manalah tahu lelaki tu pakwe sebenar dia...”

Manakala pasangan itu makan bersama dengan mesra. Si Wan pula membuka cermin matanya. Sheeda terperanjat besar....

“Eh.... aku tahulah lelaki tu.... sekali tengok macam penyanyi kontrak yang baru kumpulan rock May... alah...yang nyanyi lagu Jemu tu... si Oney.”
“Kau ni Sheeda, senang-senang jer buat andaian... manalah tahu kalau klon-klon jer... bukan yang original..” Fikin berhujah.

“Ah... aku tak kira... aku nak pergi sana juga... aku nak pergi mintak autograf mereka sebab aku minat betul dengan lagu Jemu dan Aku Cinta Padamu.”
“Ehh... kau ni Sheeda... tahu malulah sikit... kalau mereka orang yang original... tentulah mereka makan di sini untuk privasi...” Halang si Fikin.

“Betul juga kata kau Fikin... bagaimana pendapat kau, Ramlah?” Tanya Sheeda kepada rakan mereka yang keasyikkan makan.
“Alah... malas aku nak dengar gosip-gosip kau orang berdua... aku ke sini nak makan jer.” Kata ringkas Ramlah menyindir Sheeda dan Fikin.

Di waktu petangnya, masih di pantai berhampiran di kampung Siti itu. Mereka bersama berdua di kawasan berbatu sambil memerhatikan ombak memukul pantai. Bagaikan seperti pukulan ombak, cinta mereka tiada kesudahan. Tetapi kemudian abang Siti si Farouk muncul untuk bercakap sesuatu dengan Wan sahaja atau dikatakan ‘Straight talk, man to man’. Maka terpaksalah Siti meninggalkan buah-hatinya itu dengan abangnya yang berbadan besar itu.

Siti pergi berjalan-jalan di tepian pantai sambil melamun, sekali-sekali dari kejauhan Siti nampak si Wan kena lecture oleh abangnya. Siti teringatkan dulu masa sekolah, abangnya Farouk memang jaga Siti sepenuhnya. Semua teman lelaki Siti kena berdepan dulu dengan abangnya, silap haribulan lebam biji mata kalau Siti diapa-apakan.

Siti melamun lagi... dan kemudian si Wan pergi menghampiri, “Siti... melamun nampak?”
“Tak adalah.... tapi bagaimana dengan Wan?.... abang Farouk cakap apa?”

“Biasa jer...” Kata si Wan cuba mengelak disoal-selidik.
“Biasa macam mana... ada tak abang Farouk cakap warning apa-apa pasal Siti?”
“Abang awak cakap... kalau saya buatkan awak menangis bersedih, tunggu masa sajalah saya kena belasah...” Kata kesian si Wan.

“Memang abang Siti selalu macam tu... dulu dia tu kaki pukul kat sekolah, tau.” Kata Siti mengesahkan perangai buruk abangnya itu.

“Ooppss... saya tak jadilah nak bercinta dengan awak.” Kata usik si Wan. Mereka sama-sama tersenyum. Kemudian di hari lewat senja, mereka berdua menyaksikan matahari terbenam di ufuk barat.

end hanwan 10

Han&Wan11

Hari-hari berlalu, Wan tidak bercerita sedikit pun pasal kunjungan tempoh hari ke rumah keluarga Siti itu. Manakala Siti tidak menunjukkan apa-apa respon terhadap peristiwa tempoh hari dimana Han tidak menyertai kunjungan ke Melaka. Itulah yang menghairankan si Han, dia tahu sesuatu yang besar telah berlaku. Irwan dan Siti berasa bersalah terhadap apa yang telah berlaku sebelum ini. Mereka tidak berhubungan... mereka tidak sanggup untuk menghadapi kekecewaan lagi... biarlah terus mengharap dengan perasaan cinta yang begitu singkat terjalin itu.

Di rumahnya, Wan cuma diam. Dia cuba menyiapkan satu lakaran kartun yang mengisahkan kisah benar yang pernah dialaminya sendiri dengan Siti iaitu insiden button-fly Superman terbuka. Wan berada di meja ruang tamu sambil melakar itu. Manakala di hadapannya juga ada abangnya sedang sibuk buat kerja dengan komputer notebooknya.

Kemudian telefon rumahnya berdering. Wan pergi jawabkan, “Hello... aha...eh Pak Long.....” Lama juga Wan mendengar cakap Pak Longnya. “Kejap ya...” Wan terdiam sekejap...
“Abang... Pak Long telefon, dia nak cakap dengan abang!” Umum si Wan dengan kehairanan.
“Yalah...kejap.” Sambil si Han berhenti buat kerja dan pergi ke tempat telefon. Kemudian lama juga abangnya bercakap.

Wan hairan betul dengan kejadian itu kerana abangnya nampak gembira semacam dan hanya menjawab ya..ya... sahaja bila bercakap dengan Pak Long itu. Entah apalah Pak Long memberitahu. Selesai menelefon, abangnya melonjak gembira, “Yess!!!” Kata gembira abangnya.

“Abang, kenapa ni gembira sangat?”
“Kau tahu... abang telah berjaya mendapatkan kembali tanah arwah ayah dan Istana Impian tu.” Kata umum si Han.
“Apa?.... Bagaimana?”
“Kamu ingat tak surat dari mahkamah tahun lepas?”
“Iya...”
“Kamu tahu Wan... abang telah berjaya menebus semula tanah yang ditarik oleh pihak bank selepas perbicaraan mahkamah... abang cuma perlu membayar harga semasa tanah itu.” Beritahu si Han mengejutkan si Wan, nampaknya azam abangnya yang dulu tertunai jua.
“Tahniah...abang Han.”
“Dan lagi... Pak Long pesan, Mak Ngah kirim salam sayang pada kamu.” Beritahu si Han. Si Wan hanya memandang wajah gembira abangnya dengan penuh misteri.

Irwan kini berada di kampusnya. Walaupun aktivitinya sentiasa penuh dengan aktiviti kelas, latihan ragbi, melukis kartun dan bersama kawan-kawan rapat tetapi hatinya masih kekosongan yang hanya boleh diisi oleh kehadiran Siti Nur Ain Ariff itu. Cuma keratan gambar instant kenangan bersama baby kecik dan Siti dapat mengubat kerinduan dihati. Suatu hari minggu si Wan cuba mengelak untuk balik rumah.

Maka itu dia menelefon abang Han dia hanya untuk bertanya khabar. “Hello, abang... Esok Wan tak jadilah balik rumahlah.”
“Kenapa macam tu?”
“Wan sibuk dengan kawan-kawanlah pergi ronda-ronda KL...” Alasan si Wan.

“Eh.. macam tu, bawaklah kawan-kawan kamu jumpa dengan abang. Abang Han belanja semua makan... boleh juga abang nak kenal dengan mereka.”
“Wan malulah...”
“Wehh... apasal pulak?”
“Mmmmereka... tak kenal abang ni Han Akmal yang terkenal tu?”
“Benda tu pun nak malu?” Hairan si Han
“Tengoklah... Wan tak janji.” Wan tidak memberi kepastian.

Keesokkan harinya, si Han membawakan Siti ke satu shopping kompleks terkemuka setelah habis waktu kerja setengah hari. Siti cuma ikutkan tanpa banyak soal. Rupa-rupanya Han membawa Siti ke sebuah kedai barangan kemas terkenal. Di kedai itu Han menyuruh Siti memilih gelang tangan emas yang paling cantik. Sambil memilih itu, si Siti mencuba memakai bracelet yang paling menarik hatinya. Siti masih tidak tahu apa tujuan si Han yang sebenarnya mengenai bracelet itu.

Dan diwaktu itulah, si Wan dan rakan-rakannya sedang melalui tempat yang sama. Mula-mula si Hisyam perasan akan Siti yang ada dalam kedai itu. Wan tidak percaya melihat abangnya sedang ‘membelikan’ bracelet untuk Siti dan Siti sedang memakai. Wan pergi menghampiri… rakan-rakan lain terkejut bila ternampak seseorang yang mempunyai iras wajah seperti kawan rapat mereka itu… mereka teringatkan penjelasan Wan sebelum itu yang Siti tu sebenarnya awek abangnya. Wan menyapa, “Hai abang Han…” Dan dia hanya pandang ke arah abangnya aje.

Siti yang sedang memakai bracelet itu tercengang tanpa dapat berbuat apa-apa. Siti menghadapi situasi amat rumit. Abang Han si Wan buat macam biasa aje tanpa mengetahui apa sebenarnya yang telah terjadi di Melaka sebelum ini. “Eh adik abang… wauu!! Ooo… inilah kawan-kawan kamu ya?” Sambil Han berjabat tangan setiap dari mereka.

Masa berlalu, kini mereka semua sedang menikmati makan tengahari di Restoran Seri Melayu di kompleks itu seperti mana yang pernah si Han janjikan. Mereka telah selesai makan. Si Wan buat-buat cool aje manakala Siti terdiam seribu bahasa kegelisahan dengan bracelet yang masih dipakai di tangannya. Kawan si Wan berbual mesra dengan si Han. Kemudian tiba-tiba si Wan bangun dan berkata, “Kawan-kawan, abang Han… saya ada hal nak berbincang sekejap dengan Cik Siti kita ni.” Mereka yang lain terdiam dan Siti agak terperanjat.

Siti pun berdiri dan mereka berdua pergi ke suatu tempat yang lebih jauh dari pandangan Han dan akan-rakan si Wan berada. Sampailah di satu tempat rekreasi dalam kompleks membeli-belah itu- sebuah air pancuran buatan. Mereka berdua cuma berdiri bertentang di antara mereka tanpa sebarang kata, diam membisu pada mulanya. Si Wan merasakan dirinya perlu mengambil langkah pertama berbuat sesuatu sebelum apa-apa berlaku kerana dia pernah mengalami dengan Salina terdahulu.

Tapi si Wan masih diam dan Siti pula kesedihan menitiskan airmata bercucuran. “Wan… dengarlah penjelasan dari pihak Siti dahulu…”
“Tak payah… Siti tak perlu cakap dan kita berdua tahu yang kita telah buat kesilapan besar melayan perasaan tempoh hari… Lupakan saja apa yang pernah ku ucapkan padamu… Aku tidak pernah menyintaimu…”
“Tapi Wan….”

“Hari tu… bisikan cinta itu hanyalah luahan gelora nafsu yang palsu… tidak lebih daripada itu… aku cuma seorang lelaki yang lemah.” Kata-kata si Wan seumpama seorang pemuisi yang mengarang rangkap baris puisi yang pedih kecewa cinta.
“Siti menyintaimu, Kamal Irwan Akmal.” Kata terus terang si Siti. Namun dipandang sepi oleh si Wan tapi menghampiri Siti dan berkata, “Lupakan saja, Siti. Walau apa yang telah berlaku.. aku tetap akan pergi… pergi jauh dari hidupmu.” Dan kemudian si Wan pergi membisik di telinga Siti…

“Aku tidak boleh bersama denganmu Siti Nur Ain… kerana kau adalah milik abang kandungku sendiri.” Itulah perkataan yang diucapkan oleh si Wan kemudian di berlalu pergi.

[ Seiringan dengan lagu Aku Cinta Padamu 1997… lirik : Kau terpaksa pergi…bisikan azimat berduri…]

Siti kini ditinggalkan dan dia hanya tahu menangis dan menangis dan mengeluh perlahan, “Wan… bracelet ini bukan kepunyaan Siti… mengapa kau merajuk pergi?” Siti kesedihan dengan menyapu air mata bercucuran mengalir dengan saputangannya. Siti berasa begitu sedih dan hampa kerana hatinya benar-benar terjatuh hati dengan si Wan. Siti tidak dapat berbuat apa-apa kerana kehadiran dirinya pasti membawa dilema di antara dua saudara itu. Siti membuat keputusan untuk pergi jauh dari kedua-duanya sekali.

Masa berlalu, si Han menghantarkan Siti pulang, masih dengan vitaranya. Siti berada di sebelah sudah tidak memakai bracelet lagi di tangannya. Siti hanya diam dan si Han tidak berani hendak mengungkit apa-apa hal berbangkit di antara si Wan dan Siti. Bila sampai di rumahnya, Siti hanya tahu menangis di dalam kamarnya sambil merenung gambar foto kenangan dengan Wan dan baby kecik dahulu di Sogo.

Manakala si Wan berada di rumah bujangnya, duduk hampa di kerusi sofa dalam kesedihan. Kemudian dia teringatkan akan sesuatu. Dia menjenguk di bawah sofa dimana dia sebelum ini menyembunyikan gambar potret Siti yang pernah dilakarnya. Kemudian dia masuk biliknya dan mengambilkan gambar-gambar kartun yang melibatkan watak Siti. Lalu dia pergi membakarnya di sinki dapur.

Kertas-kertas itu terus terbakar bersama hatinya yang hancur luluh dengan apa yang telah berlaku hari ini. Wan hanya perhatikan ianya terbakar hingga menjadi debu…..


Masa berlalu, di pagi hari Isnin itu, Siti sudah berada di dalam bilik pejabat si Han. Dia duduk sedih dengan sampul surat misteri di depan di atas meja. Si Han terdiam sahaja agak lama kerana dia tidak boleh berbuat apa-apa dengan keputusan yang telah dibuat oleh Siti. Han memecah kesunyian, “Saya minta awak banyak-banyak bersabar, Siti.” Kata Han cuba memujuk.
“Maafkan saya Encik Izhan… saya tidak boleh berada di sini lagi.”
“Tetapi awak tidak perlu untuk meletak jawatan… Siti mempunyai potensi yang cerah di sini…”
“Tapi kehadiran saya cuma memusnahkan kehidupan orang lain. Siti tidak mahu menjadi penghalang hubungan abang Han dengan Irwan.”

Itulah kata-kata Siti pertama kalinya menyebut perkataan ‘abang’ merujuk kepada si Han. Dan akhirnya si Han buat keputusan untuk berterus terang tentang perkara yang sebenarnya. Siti masih duduk tunduk sedih. Manakala si Han teringatkan akan sesuatu… kemudian dia membongkok di mejanya mengambilkan sesuatu dari laci mejanya. Rupa-rupanya dia membawa keluar satu potret wajah dan kemudian si Han memberikan kepada Siti untuk menatapi. “Ini sesuatu yang tidak pernah Han beritahu kamu sebelum ini.”

Siti mendongak dan mengambil bingkai itu dan menatapi satu wajah potret dirinya tetapi lakaran bahagian hidung masih tidak sempurna. “Siti percaya tak, lukisan wajah dilukis oleh si Wan… masa Siti belum pun lagi bekerja di Multi-Raya ni…”
Kata umum si Han memeranjatkan Siti. Maka terngiang-ngiang di ingatan Siti yang dia pernah mendengar si Wan menyebut pasal bertemu sebelum ini. Siti cuba mengamati lukisan potret itu, melihatkan dari fesyen rambut sebelum itu yang panjang. Barulah Siti teringat masa dia mula datang KL mencari kerja, ketika dia menaiki bas dan pernah memandang ke arah seorang jejaka yang menaiki motor besar di satu persimpangan. Dimana hatinya pernah berdetak… kalaulah dia jadi pakwenya, alangkah indahnya!

Terharu hati Siti apabila melihatkan lukisan potretnya yang dilukis Wan itu dengan lakaran perkataan… ‘Kaukekasihku…’ tertera di situ dengan dengan sain nama Wan dan tarikhnya yang memang sebelum Siti menjejak kaki di syarikat itu lagi.
“Siti tidak mengerti semua ini…” Kata Siti kesebakan.
“Sebenar-benarnya… abanglah yang patut dipersalahkan… Abang Han tak patut menemukan kamu berdua dalam keadaan tergantung begitu… kerana Han tidak mahu memaksa-maksa kau orang berdua berkenalan…”
“Saya masih tidak faham….” Hairan Siti.
“Hidup itu suatu misteri… Siti. Sesuatu kejadian yang berlaku mempunyai sebab-musababnya sendiri….” Kata si Han penuh misteri.


Masa telah berlalu, maka Hari Keluarga Syarikat Multi-Raya pun berlangsunglah dengan penuh meriah di sekitar Pantai Morib seperti mana yang dicetuskan oleh buah fikiran si Wan hampir setahun yang lalu. Aktiviti dwi-tahunan itu berlangsung di sebuah guest-house di tepian pantai itu dengan ramai orang datang berkunjung. Sambutannya amat meriah kerana aktiviti itu digabungkan dengan majlis amal, ehsan daripada Dato’Basir yang telah bermurah hati menderma untuk golongan tidak bernasib baik. Banyak khemah kanopi putih didirikan untuk memuatkan tetamu yang datang. Terdapat berderet-deret bas yang datang membawakan tetamu daripada rumah anak-anak yatim, kanak-kanak cacat dan orang tua. Acara sukaneka pekerja syarikat yang bergabung dengan tetamu khas berlangsung dengan meriah. Terdapat ramai orang luar yang datang termasuklah kawan-kawan sekolah si Wan dan kawan-kawan sekolejnya termasuklah Ras dan gengnya.

Kejauhan dari fiesta itu, kelihatan si Wan duduk seorang diri termenung panjang di kawasan berbatu di tepian pantai. Kemudian tiba-tiba namanya dipanggil. “Wan… Wan!” Rupa-rupanya akak Fikanya.

Wan masih duduk termenung... dia seperti biasa memakai pakaian biasanya iaitu jeans dan baju jaket kulitnya. Namun wajahnya berkumis dan berjambang mungkin tension selepas krisis dengan Siti tempohari. Si Fika menghampiri dan mencium pipi si Wan dan hanya dibiarkan aje oleh si Wan. Nampaknya si Fika telah pulih sepenuhnya dan ceria kembali tidak seperti si Wan.

“Wan sayang... kenapa ni... bergembiralah... bukankah ini yang adik Wan mahukan dahulu. Kak Fika ucapkan terimakasih di atas buah fikiran adik sayang akak yang brilliant ni.” Puji kata si Fika.
“Alah biasa jer....” Merendah diri si Wan.
“Nampaknya Dato’ Basir kita telah setuju acara Hari Keluarga ini patut dijadikan acara tahunan dan dibuat kat sini sahaja. Sayang... gembiralah...” Kata Syafika sambil mencubit sayang pipi si Wan dan menampakkan di tangannya satu bracelet emas yang pernah ditengok si Wan sebelum ini.

Wan melihat bracelet di tangan Fika tidak berkelip matanya. Wan berasa sesuatu yang aneh kerana bracelet itulah yang dipakai oleh Siti tempohari. Syafika terperasan hairan dengan lagak si Wan. “Sayang... kenapa kamu tengok semacam jer gelang emas ni yang abang kamu hadiahkan tadi?”
“Kamu tahu Wan... abang Han kamu tu jahat betul... sampai hati dia sakitkan hati akak ni... buatkan akak rasa cemburu.”

“Saya tak faham kak Fika?” Tanya si Wan begitu suspense.
“Abang kamu telah mempermainkan perasaan akak selama ni... gara-gara tak puas hati akak berdegil dengan keputusan akak dalam banyak hal... hal kerja... hal Projek Hari Keluarga ni juga. Dan last sekali dia beritahu akak yang dia berlakon jer suka pada Siti kamu tu.” Kata Fika cukup menghairankan si Wan.

“Apa akak kata? Siti saya?!!” Terkejut besar si Wan.
“Iyalah tu, tapi ke mana ya awek kamu pergi, sebab dah sebulan akak tidak nampak dia di syarikat....” Beritahu Fika membuatkan Wan gelora di jiwa.
“Siti dah berhenti kerja, kak?” Tanya Wan lalu dia pergi dari situ, si Wan lantas pergi mencari abangnya untuk mendapat penjelasan. Ini membuatkan Fika merungut, “Kenapa pulak si Wan ni?”

Gerombolan orang di feista agak ramai menyukarkan Wan untuk mencari abangnya. Tanpa disangka Wan terjumpa pula dengan dua sepupu tua yang telah di tahun dua universiti iaitu Kak Miza, anak Mak Ngah dan abang Raziz, anak Pak Long. Mereka juga sama mencari si Han berada. “Wan....Wan!” Jerit Kak Miza memanggil si Wan.

“Eh... Kak Miza dan abang Raziz!” Wan kehairanan tertanya mengapa dua sepupunya datang di feista itu.
“Wan, ayah dan mak abang kirim salam kat kamu...” Beritahu Raziz.
“Emak dan ayah Kak Miza pun begitu juga...” Kata Miza.
“OOoo... waalaikumussalam...” Jawab si Wan.
“Mana abang kamu?” Tanya kedua sepupunya.
“Entah.....” Itulah jawapan si Wan.

Dari kejauhan si Han menghampiri dan menyahut, “Hey kau orang, Han di sini!” Han sampai...
“Kau orang berdua macam mana sekarang?” Tanya si Han.

“Kami okay jer abang Han... kami nak ucap terima kasih kerana abang Han bagi pinjam duit untuk tahun pertama kami, kami ingat nak bayar balik bantuan abang Han itu... sebab kami dah dapat bantuan loan...” Beritahu Raziz.
“Alah.. kamu semua tak payah bayar balik... kita kan satu keluarga...” Ayat terakhir si Han itu memeranjatkan si Wan dan Han tahu apa yang diperanjatkan oleh Wan.
“Dan satu lagi pesan ayah, kalau abang Han dengan Wan ada masa tu... pulang, pulanglah ke kampung. Rumah lama itu ayah dah kemaskan dan dibaik-pulih.” Ujar si Raziz.

“Cantik bagai sebuah istana tau! Emak telah menanam semula dengan pelbagai pokok bunga di lamannya. Han dengan Wan pasti terkejut lihat nanti.” Kata si Miza menambah.
“Tengoklah bila diizinkan tuhan.. ada kelapangan nanti abang pulang dengan Wan... kau orang berdua pergilah berhibur...” Suruh si Han. Kedua sepupu mereka pun berlalu menyaksikan konsert nyanyian pekerja Syarikat Multi-Raya.

Wan berdepan dengan abangnya tanpa sebarang gangguan, dia hanya memandang abangnya sahaja. Lama juga begitu dan kemudian si Wan menghampiri abangnya dan si Han memeluknya dengan erat. “Wan salah anggap kepada abang selama ini...” Si Wan menitis air mata lelakinya kerana mengenangkan sikapnya kepada abangnya sebelum ini.

Izhan melepaskan pelukan dan mereka bersama duduk di satu meja berkerusi kerana ada perkara lain untuk dibincangkan. Si Han mula memberitahu apa yang sebenarnya berlaku sebelum ini kepada adik tunggal kesayangan itu. Serentak di waktu itu juga persembahan pentas bertukar peserta. “Abang pun silap juga kerana banyak merahsiakan banyak perkara daripada kamu... tetapi semua untuk menunaikan semua janji yang pernah abang katakan dulu... kerana itulah sikap abang banyak melukakan hati kamu.”

“Wan tidak pernah sangka abang begitu berpegang dengan apa yang abang sebut masa Wan masih kecil dahulu, abang memangnya hebat!” Puji si Wan.
“Abang Han kan hero kamu... tapi jangan lupa pula, kamu juga seorang hero... dan seorang hero memerlukan kehadiran heroinenya.”

Kemudian datang si Fika duduk sama di meja itu dengan membawa sebuah kotak hadiah berbalut cantik, si Wan hairan- “Apa dia kak?” Manakala Fika dan Han tersenyum-senyum aje.
Bila Wan buka kotak hadiah itu, ternyatalah ianya adalah potret misteri yang pernah dia lakarkan dahulu di dalam sebuah bingkai yang eksklusif.

Wan hanya berasa sebak kerana kehilangan seseorang yang pernah dikenali di waktu dulu. Wan hanya merenung potret misteri itu seraya pengacara majlis mengumumkan peserta seterusnya akan mendendangkan lagu bertajuk ‘Aku Cinta Padamu’. Semua hadirin berdebar-debar untuk mendengar lagu paling popular di tahun 1997 itu. Wan seakan kenal sangat siapakah yang sedang mendengdangkan lagu itu. Bila habis lagu itu, si Wan tanpa segan silu lagi naik ke atas pentas, dimana si gadis itu sudah nampak dari jauh si Wan bersama si Han.

Maka si hero lelaki memeluk heroinenya dengan gelora asmara cinta abadi, “Ku juga tidak akan jemu untuk menyintaimu sepanjang hidupku....” Bisikan kata si Wan. Dengan potret itu masih di tangan si Wan, Siti pun mengungkit...
“Ehh... awak, kenapa gambar saya... hidung tak sempurna lagi?”
“Alah... itu masalah teknikal sahaja... awak marah?” Wan dengan senyum charmingnya.
“Tak, saya tak marah...” Wajah Siti begitu dilamun cinta.

Pasangan berkasih itu yang di atas pentas diberikan tepukan gemuruh oleh para penonton kerana mereka menyangka ianya hanyalah gimik bagi persembahan nyanyian itu.

Sebagai pengakhiran, di rumah lama Istana Impian yang telah dibaik-pulih. Majlis perkahwinan dan persandingan kedua mempelai pun berlangsung. Manakala halamannya yang luas penuh dengan khemah kanopi dengan kunjungan hadirin berduyun-duyun. Istana Impian begitu megah dengan dicatkan putih manakala berbumbung biru baru. Kesemua rakan-rakan Wan dan Siti masa sekolah dan universiti hadir. Turut sama Salina dan Erni Imran sudah mempunyai anak kecil dan tidak ketinggalan Ras dan gengnya.

Kemudian majlis persandingan itu menjadi kecoh dan heboh dengan budak-budak kecil termasuk si Ras dan gengnya berlarian tak tentu arah dengan menjerit-jerit ketakutan. Kemudian Mak Ngah datang masuk ke majlis untuk memberitahu dua pasangan pengantin. Tetapi Han bertanya dulu kepada Mak Ngahnya, “Kenapa Mak Ngah, huru-hara macam negeri dilanda garuda jer?”
“Kamu semua tahu tak... yang kat luar sana, beruk Tok Mail tengah mengamuk kejar budak-budak!” Beritahu Mak Ngah bagai nak semput.
Suasana di luar masih kecoh, mulanya si Ras buat lari juga... tapi akhirnya dia menyergah si beruk itu. Sampaikan beruk itu jadi penakut dan tidak menyerang lagi. Maka si Ras menjadi hero budak-budak kecik dalam insiden itu. Manakala dua pasangan pengantin itu ketawa melihatkan keadaan itu.

Suara latar Izhan : Aku tidak pernah menyangka hidup kami akan menjumpai kebahagian dan kejayaan akhirnya. Walaupun cinta dan pengorbananku tidak sehebat ibu dan ayah. Namun sekurang-kurangnya aku tetap menjadi wira di mata adik tunggal aku itu...

Tamat...

Senarai Cadangan Kasting Projek Korban Cinta

Original kasting untuk tempoh 1998-2003

Watak;
Kamal Izhan Akmal.....Hans Isaac
Kamal Irwan Akmal.....Wan Oney ex-May
Siti Nur Ain Ariff......Siti Nurhaliza
Syafika.....Haliza Misbun
Akmal Hashim.....Mustafa Kamal
Izuan Izuddin.....Lydiawati
Faezah Hashim [Mak Ngah].....Wan Maimunah
Jamal Hashim [Pak Long].....Man May
Salina.....Fauziah Latiff

Dan lain-lain adalah mengikut budibicara penerbit

Semakan semula watak 2004

Watak;
Kamal Izhan Akmal.....Hans Isaac atau Ako Mustapha
Kamal Irwan Akmal.....Ayie X-factor atau Kalam Sup ( abangnya Hans shj )
Siti Nur Ain Ariff......Fazura atau Nursyella
Syafika.....Haliza Misbun atau Safura
Akmal Hashim.....Mustafa Kamal
Izuan Izuddin.....Lydiawati atau Aida Rahim
Faezah Hashim [Mak Ngah].....Wan Maimunah
Jamal Hashim [Pak Long].....Man May
Salina.....Fauziah Latiff
Mak Usu Siti.....Ramlah Ram
Dan lain-lain adalah mengikut budibicara penerbit

Semakan/revisyen lain watak utama mengikut perkembangan pop semasa;

2005 - 2008 - Han [ Hans Isaac , Ari Wibowo ] ,
Wan [ Izani ]
Siti [ Nora Danish ]
Syafika [ Maya Karin ]

2009 - Han [ Nicholas Saputra ]
Wan [ Riz AF7 , Gambit Abdullah ]
Siti [ Diana Danielle ]
Syafika [ Fazura ]

2010 - Han [ Sein Ruffedge , Dr. Fazley , Ako Mustapha ]
Wan [ Shahir AF8 ]
Siti [ Diana Danielle ]
Syafika [ Nora Danish ]

Pemilihan watak utama adik-beradik memerlukan keirasan wajah dengan fizikal si Han adalah lebih tinggi sedikit dari adiknya.

Pemilihan kasting lain sebagai Han tetapi kurang tinggi daripada adiknya memerlukan penukaran kerjaya seni bukan model, mungkin sebagai pelakon atau penyanyi terkenal. Contoh Zizan Nin dengan Gambit dan Riz juga mempunyai iras wajah yang hampir sama.